Berita Auto

Suzuki 2015 GSX-R1000 ABS

Dicipta dari DNA yang sama seperti MotorGP, model GSX-R1000 ABS banyak bergantung pada kepakaran perlumbaan Suzuki. Selama hampir satu dekad, GSX-R1000 adalah satu nama paling berjaya dalam perlumbaan atas jalan bagi 1,000cc diseluruh dunia, dengan meraih gelaran Prestasi Tertinggi. Dilengkapi dengan Sistem Brek Antikunci, model GSX-R1000 ABS 2015 telah bersedia untuk menuntut semula status Prestasi Tertinggi dan Memilikki Litarlumba.

Sempena memperingati kemunculan semula jenama 2015 ini  ke perlumbaan MotoGP, GSX-R1000 ABS baharu ini memakai Suzuki Racing Blue untuk memperlihatkan semangat Suzuki dan keghairahan untuk perlumbaan.  Model ini bersedia untuk membuktikan bahawa ianya adalah sebuah lagenda motorsikal dengan tindakbalas pendikit yang hebat, kuasa, dan pecutan pada kelajuan rangkaian-pertengahan enjin – kesemuanya dengan penggunaan bahan api yang ekonomi.

Suzuki-GSX-R1000-ABSa

Mencipta motor impian yang pantas bukan hanya keutamaan di Suzuki.  Rangkaian GSX-R memberikan keupayaan membrek yang hebat dengan kaliper Brembo dan cakera brek keluli tahan karat yang tahan haba.  Motor ini dikendalikan seperti mimpi dengan rekaan casis yang solid dan suspensi yang responsive.  Kebolehan untuk berhenti mengikut kehendak penunggang, membelok  bila diarah, adalah juga penting kepada Suzuki sepertimana penting pada anda.

Ringkasnya, GSX-R1000 ABS menawarkan enjin berprestasi cemerlang  daripada tidak bergerak kepada garis merah, prestasi suspensi yang lancar, pengendalian yang responsif, dan brek yang unggul.  Semua ini melayakkan ianya meraih gelaran Prestasi Tertinggi.  Bersedialah untuk Miliki Litarlumba dan jalan pada GSX-R1000 ABS 2015.

suzuki-gsx-r1000-abs

Previous post

SsangYong Tivoli Bakal Mencabar Juke & Captur di Eropah

Next post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Snow Patrol – ‘Chasing Cars’

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *