Berita Auto

Tempahan HR-V Serba Baharu Menjadi Penanda Aras Baru Bagi Segmen SUV

HR-V serba baharu telah menetapkan momentum yang memberangsangkan dalam tempahan, sekali gus menjadi penanda aras baru bagi segmen SUV Honda Malaysia dengan lebih daripada 7,000 tempahan diterima dalam tempoh sebulan. Varian V telah merangkumi 65% daripada jumlah unit yang telah ditempah, manakala varian S dan E pula masing-masing mencatatkan 15% dan 20%.

Rekod tempahan tinggi yang tidak dijangka ini telah menyebabkan tempoh menunggu menjadi empat bulan, dan Honda Malaysia kini sedang mengkaji semula jadual pengeluaran untuk model tersebut. Oleh sebab HR-V serba baharu dipasang di kilang produksi No.2 di Pegoh, Melaka, yang mempunyai jadual pengeluaran fleksibel, Honda Malaysia berupaya untuk mengubah semula jadual pengeluaran dan berusaha keras untuk mengurangkan tempoh menunggu. Honda Malaysia memohon maaf di atas kelewatan penghantaran ini dan akan mengumumkan tempoh menunggu yang baru setelah ia dimuktamadkan.

Screen Shot 2015-03-05 at 7.37.55 PM

Honda Malaysia juga berusaha untuk memastikan kenderaan akan dihantar kepada para pelanggan dalam tempoh masa yang munasabah. Walau bagaimanapun,  syarikat ini tidak akan tergesa-gesa dalam proses pengeluaran kerana tahap kualiti masih menjadi keutamaan. Kepuasan para pelanggan adalah paling penting dan Honda Malaysia tidak akan mengetepikan soal kualiti.

Honda Malaysia amat menghargai penerimaan pasaran yang baik serta sokongan para pelanggan dan keyakinan mereka terhadap produk dan perkhidmatan Honda.

Antara ciri-ciri HR-V serba baharu ini adalah Ruang Kargo Pelbagai-Kegunaan, yang memberikan pelbagai konfigurasi serba boleh bagi tempat duduk belakang untuk memenuhi semua aktiviti gaya hidup. Perjalanan bersama HR-V serba baharu ini juga memberikan lebih keselesaan dan keseronokan dengan ciri-ciri pintar seperti Paparan Audio 7 inci, Panel Sesentuh Penghawa Dingin Auto dan Sistem Kemasukan Pintar dengan Butang Penghidup Enjin. HR-V serba baharu juga didatangkan dengan pelbagai teknologi terkini, seperti ‘Automatic Brake Hold’  dan ‘Electric Parking Brake’ yang ditawarkan pada semua varian. Barisan ciri keselamatan komprehensif yang aktif dan pasif juga ditampilkan pada HR-V serba baharu ini, termasuklah 6 beg udara.

Honda Malaysia juga mencatatkan rekod baru pada bulan Februari 2015 dengan jumlah tempahan tertinggi yang pernah diterima dalam sejarah mereka iaitu 11,047 unit dan lebih daripada 6,000 unit telah dijual. Rekod baru ini didorong oleh tempahan HR-V serba baharu, City dan diikuti oleh Jazz.

Dengan barisan model yang kukuh, termasuk CR-V baharu, Honda Malaysia telah mengekalkan posisinya di tempat pertama bagi Segmen Kenderaan Penumpang Bukan-Nasional pada Januari 2015 dengan jualan sebanyak 6,522 unit. Angka jualan yang tinggi ini disumbangkan oleh City dan Jazz, di mana kedua-duanya mendominasi segmen masing-masing. Civic dan Accord juga turut mendahului segmen masing-masing pada bulan Januari.

Dengan momentum dan kedudukan HR-V serba baharu yang positif ini, Honda Malaysia yakin untuk mencapai sasaran jualan sebanyak 85,000 untuk tahun 2015.

Honda Malaysia bekerja erat bersama 78 pengedar Honda di seluruh negara untuk memberi sokongan perkhidmatan selepas jualan dan servis yang berkualiti untuk pengalaman pemilikan yang terbaik.

Pelanggan boleh melihat dan pandu uji HR-V serba baharu ini di mana-mana rangkaian pengedarnya di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Tol Percuma Honda di 1-800-88-2020, atau layari laman web: www.honda.com.my

Screen Shot 2015-03-05 at 7.38.16 PM

Previous post

BMW Group Malaysia Perkenalkan BMW 520d Sport Terbaru dan Eksklusif di Acara BMW Malaysian Open 2015.

Next post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Fatboy Slim – ‘Weapon Of Choice’

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *