Berita Auto

Wajah Baru Toyota Hiace Menawarkan Lebih Lagi

Toyota Hiace adalah model van antara terlaris di Malaysia dan untuk model 2015, ianya telah menerima peningkatan yang menaikkan Keselamatan Aktif.  Peningkatan ini sejajar dengan polisi Toyota di mana keselamatan adalah keutamaan tertinggi untuk produknya, tidak kira samada ianya kerera penumpang atau kenderaan komersial.

Ciri-ciri Keselamatan Aktif baharu yang kini adalah standard bagi Hiace Window Van adalah Vehicle Stability Control (VSC) dengan Traction Control (TRC), Hill Start Assist Control (HAC) dan Isyarat Berhenti Kecemasan.  VSC dan TRC adalah ciri-ciri Keselamatan Aktif yang telah ada dalam kereta penumpang sejak beberapa tahun dulu dan sangat membantu untuk mengekalkan cengkaman dan stabiliti pada permukaan licin.

TRC berjalan terutamanya apabila kenderaan sedang bergerak ke depan pada garisan lurus, mengurangkan output pada roda jika sensor mengesan pusingan kelajuan adalah sangat tinggi (pusingan roda), menunjukkan cengkaman telah hilang.  VSC berjalan semasa membelok atau pertukaran arah secara tiba-tiba; apabila sensor mengesan keadaan berbahaya di mana kenderaan akan berpusing, brek pada roda yang sesuai mula beroperasi untuk menghasilkan satu kuasa yang stabil mengimbangi pergerakan kenderaan. Dengan cara ini, kenderaan itu akan kekal di jalan raya dan bukannya berputar keluar dari jalan.

HAC berguna pada jalan curam kerana ianya akan mengurangkan kebelakang apabila hendak bergerak ke depan.  Ianya akan diaktifkan apabila kaki pemandu beralih dari menekan pedal brek dan mengawalkenderaan dalam posisi tanpa menggunakan brek tangan.  Ini membolehkan pergerakan yang lancar dan selamat tanpa menghadapi risiko melengahkan atau kebelakang dan melanggar kenderaan lain.

Isyarat Berhenti Kecemasan boleh menyumbang mengurangkan pelanggaran belakang.  Ianya diaktifkan semasa brek secara tiba-tiba dan pantas, mengaktifkan lampu amaran bahaya supaya pemandu dibelakang dimaklumkan dengan jelas bahawa Hiace akan berhenti tiba-tiba.

Varian Hiace Panel Van juga telah dipertingkatkan dengan tambahan Anti Lock Braking (ABS).  ABS penting untuk kenderaan seperti ini kerana muatan dan berat yang pelbagai.  ABS, dan Load-Sensing Proportioning & Bypass Valve yang boleh melaras tekanan brek mengikut berat, memastikan kestabilan yang lebih baik untuk kenderaan semasa membrek, terutamanya pada permukaan licin.  Faedah lain ABS adalah ianya menghalang dari roda dikunci, walaupun semasa membrek kuat, dan ini membolehkan pemandu mengekalkan kawalan stereng untuk mengelak dari sebarang bahaya apabila membrek.

Brake Assist (BA) juga ditawakan untuk Van Panel, sebahagiannya untuk menangani isu pemandu yang lebih tua yang tidak mempunyai kekuatan  cukup untuk membuat tekanan maksimum pada pedal brek sewaktu kecemasan.  Sistem ini akan meningkatkan tekanan brek dalam keadaan brek kecemasan untuk memaksimumkan prestasi membrek dan juga membantu meningkatkan keupayaan ABS.

Ciri-ciri keselamatan lain yang ada pada Van Hiace Window dan Van Panel termasuk bag udara SRS berkembar dan talipinggang keledar 3-point untuk 10 penumpang dalam Van Window.  Webing untuk talipinggang keledar adalah dari bahan yang rendah geseran yang akan mengurangkan rasa sempit.

Sensor untuk undur juga adalah standard untuk lebih mudah dan selamat semasa parkir kereta, dan struktur badan mendapat pengesahan GOA.  GOA bermaksud ‘Global Outstanding Assessment’, iaitu standard kekukuhan yang memenuhi atau melebihi keperluan antarabangsa.  Setiap kenderaan Toyota mesti mendapat pengesahan GOA sebelum ianya dibenarkan untuk dikeluarkan dan dijual.

Ciri-ciri lain Hiace adalah enjinya kekal tidak berubah dengan dua pilihan rangkaian kuasa – enjin petrol 2.7 liter 16-valve DOHC dengan VVT-I (Variable Valve Timing – pintar) yang telah terbukti kehebatannya, dan enjin turbodiesel D-4D 2.5 liter DOHC commonrail.

Pelanggan juga boleh menempah Hiace mereka dengan aksesori pilihan seperti Toyota Premium Security dan Solar Film, Toyota Essential atau Toyota Standard Solar Film.  Tinted film ini memenuhi syarat JPJ dan dipasang oleh pekerja terlatih di Pusat Aksesori UMW Toyota Motor sebelum penghantaran.

UMW Toyota Motor juga menawarkan Pam Tayar Mudahalih sebagai pilihan aksesori.  Unit kompak ini mudah disimpan dan berguna bila tayar pancit atau bila memerlukan tekanan tayar ditingkatkan kerana membawa muatan berat.  Ianya juga boleh digunakan untuk mengembungkan alat mainan, bola atau katil kereta melalui beberapa muncung yang datang dalam satu set kotak.

Sepertimana kenderaan komersial ringan yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor, van Hiace diberi 3 tahun/100,000km (mengikut yang mana berlaku lebih awal selepas pendaftaran pertama) waranti, tertakluk kepada syarat yang dicatatkan dalam buku pemilik.  Ini mencerminkan keyakinan bahawa UMW Toyota Motor mempunyai kualiti binaan kenderaan yang superior, ketulenan produk Toyota.

Toyota-Hiace-Window-Van

Harga diatas jalan (pendaftaran persendirian dengan insuran, warna metalik, Semenanjung Malaysia) adalah seperti berikut:

TOYOTA HIACE HIGH ROOF WINDOW VAN 2.5 TURBO (D)                         : RM109,600

TOYOTA HIACE HIGH ROOF WINDOW VAN 2.7 (P)                                         : RM102,600

TOYOTA HIACE PANEL VAN 2.5 TURBO (D) *-syarikat komersial sahaja     : RM87,600

 

 

Previous post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Nidji - 'Laskar Pelangi’

Next post

General Motors Menghentikan Produksi Sonik di Thailand

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *