Wajah Baru Volvo S60 & Ciri-Ciri Façade Yang Segar
Rekaan baru bahagian depan mempamerkan lampu depan yang lebih fokus dan berwajah tegar, gril yang lebih lebar dan lampu siang baharu. Ciri-ciri rekaan baru ini meningkatkan keterampilan model S60 di atas jalan dan memberikan wajah yang lebih ekspresif. Sebahagian besar ruang dalamnya tidak berubah, hanya kluster instrumen digital baru dengan Paparan Digital Adaptif 8” dan beberapa perubahan kecil yang naiktaraf.
Sepertimana model terdahulu, S60 akan menggunakan enjin GTDi (Gasoline Turbocharged Direct Injection), boleh didapati dalam dua varian – enjin 2.0 liter T5 yang menghasilkan 240 hp dan tork 320 Nm, dan enjin 1.6 liter GTDi (T4) yang menghasilkan 180 hp dengan tork 240 Nm.
Kedua-dua varian dipasangkan dengan transmisi anjakan kuasa enam-kelajuan lengkap dengan Geartronic. Prestasi Polestar dinaiktaraf boleh didapati pada varian T4.
Pembaharuan lain termasuk sistem keselamatan yang baru dan ditambah baik, seperti Blind Spot Information System (BLIS) berdasarkan radar dengan Cross Traffic Alert (CTA) – memberi amaran kepada pemandu tentang trafik yang datang dari sisi semasa hendak keluar dari petak parkir; Sistem Keselamatan Bandar yang ditambah baik yang kini aktif hingga 50km/sejam; teknologi Pengesan Pejalan Kaki pertama di dunia, kini dengan tambahan Pengesan Penunggang basikal (hanya untuk varian T5); Road Sign Information (RSI) untuk membantu pemandu dengan memaparkan tanda jalan dalam panel instrumen (untuk varian T5 sahaja)
Harga bagi kemasukan model S60 T4 adalah pada RM221,888 (atas jalan tanpa insuran), manakala rangkaian tinggi model S60 T5 berharga RM268,888 (atas jalan tanpa insuran). Kedua-dua varian ini datang dengan pelan perlindungan tambahan dari Volvo iaitu 5 tahun waranti, 5 tahun servis percuma termasuk alat ganti mengikut jadual penyelenggaraan, dan 5 tahun bantuan tepi jalan percuma (Volvo-on-call)
Pembeli boleh memilih antara 5 warna kereta yang disediakan – Merah Flamenco(702), Putih Ice (614), Hitam Ember (487), Perak Electric (477), dan Seashell (484). Terdapat pilihan styling kit untuk rekaan luaran, termasuk pakej R-Design Styling yang membenarkan pelanggan berpeluang untuk meningkatkan lagi S60 yang sudah pun mempunyai penampilan nuansa.
No Comment