Aston Martin Dedahkan Model dan Strategi Baharu
Jenama kereta mewah buatan British, Aston Martin begitu yakin melihat masa depan di Pameran Shanghai International Automobile Industry ke-16, dengan CEO mereka, Dr. Andy Palmer mengetuai syarikat membawa ke era baru, untuk mencapai jauh ke dekad akan datang. Buat pertama kalinya di China, konsep DBX yang inovatif dan Lagonda Taraf yang eksklusif telah didedahkan, menerajui pameran Aston Martin di acara itu.
Konsep DBX menandakan perubahan utama visi mereka apabila jenama ini memulakan lembaran baru perubahan dan pertumbuhan. Rancangan ‘Abad Kedua’ adalah strategi komprehensif untuk pertumbuhan dan pembangunan jenama British yang terkenal ini, dan akan memastikan kemampanan dan kejayaan Aston Martin. Aston Martin akan fokus pada penghantaran produk baru yang sedang dibangunkan dibawah rancangan pelaburan terbesar dalam sejarah 102 tahun kewujudan mereka. Bila sampai akhir dekad ini, setiap model dalam barisan yang sedia ada akan digantikan dengan tambahan mencapai 3 barisan model baharu.
‘Rancangan Abad kedua bukan saja menghantar kereta sport mewah baharu yang menarik dan diminati dalam ertikata tradisional, tetapi juga menggunakan teknologi rangkaian kuasa baru. Mereka juga sedang melihat pada versi elektrik Rapide, sebuah produk yang sudah tentunya menarik pasaran di China.
Rancangan strategik ini juga merangkumi niat jenama untuk memasukki pasaran sedan mewah di China. Produksi Lagonda Taraf bagi pasaran global terhad untuk hanya 200 super-saloon, mengikut projek bespoke khas lain oleh Aston Martin seperti ciptaan ekstrem Aston Martin, Vulcan Supercar, Vantage GT12, One-77, V12 Zagato dan Konsep CC100 Speedster.
No Comment