Berita Auto

AUDI AG: Bulan Mac, Pencapaian Terbaik Sejarah Syarikat

Penjualan yang mencapai sekitar 438,250 unit telah melonjakkan penjualan global Audi sebanyak 6.1 persen untuk suku tahun pertama 2015 dengan jangkamasa yang sama pada 2014 – menyaksikan peningkatan di semua rantau.  Kejayaan yang bermula awal tahun juga membantu hasil untuk bulan Mac. Dengan pertambahan 4.4 persen iaitu lebih kurang  177,950 buah kereta, Audi membuat penghantaran lebih kenderaan dalam hanya satu bulan dari sebelumnya.  Ini bermakna syarikat dengan ‘Four Rings’ ini telah mendaftarkan peningkatan penjualan untuk 63 bulan berturut-turut.

Untuk tiga bulan pertama tahun ini, penjualan meningkat terutamanya untuk model A3 family* (+43.8%), Audi Q3* (+9.6%) dan Audi A6* (+8.1%).  Permintaan untuk kategori model saiz sepenuhnya meningkat terutamanya di Jerman, sebanyak 19.0 persen sejak awal 2015.  Generasi terbaru dari model A6 juga boleh didapati di U.S. sejak bulan Mac dan akan melonjakkan penjualan model A6 yang merupakan ketiga terbesar dalam pasaran.

Audi-RS6-Avant-6

Secara keseluruhannya, penghantaran Audi di U.S. naik hingga 13.8 persen kepada 40,098 buah unit walaupun menghadapi musim salji.  Kisah kejayaan bulan lalu juga berterusan hingga Mac, dengan peningkatan kepada 20 persen.  Audi Q5* sekali lagi menjadi model paling lari di U.S. dan memacu peningkatan sebanyak 3,935 unit – peningkatan sebanyak 17.2 persen.  Penjualan juga jelas dilihat meningkat dua kali ganda dalam pasaran utama.  Contohnya seperti, jualan unit Audi di Brazil yang meningkat sebanyak 63.9 persen pada bulan Mac.

Penjualan Audi telah meningkat di rantau Asia sebanyak 7.6 persen kepada 162,150 buah unit sejak awal tahun ini.  Di antara pasaran Asia utama, Korea Selatan mendahului dari segi momentum peningkatan dari ‘Four Rings’.  Di sini, angka jualan naik sebanyak 58.5 persen kepada 3,894 buah unit dalam bulan Mac, peningkatan jualan sebanyak 34.9 persen kepada 9,194 buah unit sejakawal tahun ini.  Jualan di Australia juga meningkat dua kali ganda.  Antara bulan Januari dan Mac, syarikat telah menghantar 15.3 persen lebih kenderaan kepada pelanggan berbanding jumlah penghantaran dalam jangkamasa yang sama 2014.  Di China pula menyaksikan dengan ketara sekali penghantaran pada suku tahun lalu dengan 133, 316 buah unit dihantar.  Jualan jenama ini bagi bulan Mac di China meningkat sebanyak 1.5 persen berbanding bulan yang sama pada 2014.

Audi-RS-3

Jualan

AUDI AG

March      Kumulatif    
  2015 2014 Beza 2014 2015 2014 Beza 2014
Dunia 177,950 170,452 +4.4% 438,250 412,848 +6.1%
Europe 90,650 88,750 +2.2% 207,250 200,353 +3.4%
  – Germany 27,902 27,226 +2.5% 73,208 66,458 +10.2%
  – UK 29,140 28,068 +3.8% 45,783 43,671 +4.8%
  – France  5,703 5,425 +5.1% 14,609 14,581 +0.2%
  – Italy 4,518 4,516 0% 12,596 12,537 +0.5%
  – Spain 4,491 4,088 +9.9% 12,322 11,519 +7.0%
  – Russia 2,630 3,758 -30.0% 6,132 8,286 -26.0%
USA 17,102 14,246 +20.0% 40,098 35,228 +13.8%
Mexico 1,077 1,040 +3.6% 3,195 3,075 +3.9%
Brazil 1,460 891 +63.9% 4,014 3,115 +28.9%
China
(incl. Hong Kong)
48,356 47,636 +1.5% 133,316 124,520 +7.1%

 

Previous post

Proton, Lotus Group Dan Goldstar Tandatangani Perjanjian Usahasama

Next post

BMW i8 Akhirnya Tiba di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *