Berita Auto

BMW Group Malaysia Anjur BMW World Malaysia Buat Julung-Julung Kalinya

BMW Group Malaysia hari ini membuka tirai pameran BMW World Malaysia yang julung-julung kali diadakannya. Pameran yang berlangsung selama tiga hari itu menampilkan enam model baharu daripada jenama  BMW Group – BMW, MINI and BMW Motorrad. Ia turut melibatkan pameran model-model konsep daripada jenama terbabit yang pertama kali dipertontonkan di Asia.

1. Mr. Alan Harris, MD & CEO of BMW Group Malaysia (1)

Sewaktu majlis pembukaannya, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Alan Harris berkata, “Kami di BMW sentiasa percaya tentang perlunya mencipta pengalaman menyeluruh yang tidak dapat dilupakan oleh para pelanggan. Jadi kami ingin melakukannya menerusi satu ruang yang menyampaikan intipati jenama yang kami bawa. Kami harap dengan pameran BMW World Malaysia, para pelanggan akan dapat merasai pengalaman jenama yang unik.”

Terbuka untuk orang awam mulai 17 hingga 19 April 2015, BMW World Malaysia akan menampilkan pameran jentera premium paling besar oleh BMW Group. Ia merangkumi model BMW 2 Series Active Tourer, BMW X6 dan pertama kali di Malaysia, BMW i8 serba baharu.

Bagi MINI pula, BMW World Malaysia akan memperkenalkan MINI John Cooper Works baharu, MINI Cooper 5 pintu dan MINI Cooper Countryman baharu yang dipasang tempatan.

The BMW 328 Hommage (3)

Daripada BMW Motorrad, BMW World Malaysia bakal memperkenalkan model BMW S 1000 RR dan BMW R 1200 R baharu. Acara tersebut juga mempamerkan pelbagai inovasi terkini BMW Group dari segi reka bentuk dan teknologi. Ia boleh dilihat melalui BMW 328 Hommage yang dipamerkan buat pertama kalinya di Asia serta motosikal BMW Concept Roadster, pertama di Malaysia.

Menurut Harris lagi, penganjuran BMW World di Malaysia telah menetapkan satu standard baharu dalam industri automotif negara. Pameran ini dilihat akan terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju jenama kenderaan premium di Malaysia.

The new BMW X6 (5) (1)

“Dalam tiga bulan pertama tahun 2015, kami di BMW Group Malaysia telah menyerahkan sebanyak 1,729 kenderaan BMW, MINI dan Motorrad kepada pelanggan. Prestasi ini nyata selari dengan apa yang kami lihat pada industri automotif Malaysia berikutan spekulasi ke atas harga kenderaan selepas pelaksanaan GST. Memandangkan kita terus melangkah ke tahun 2015, kami harap para pembeli kereta kini mempunyai keputusan yang lebih jelas ketika hendak memilih sama ada untuk membeli BMW, MINI atau  Motorrad,” kata Harris.

BMW Group Malaysia turut mengumumkan bahawa pihaknya telah menyemak semula harga semua kenderaan keluarannya. dan Motorrad. Hasilnya, harga model BMW dan MINI turun sehingga 1.9%. Sementara harga BMW Motorrad pula turun sehingga 18%.  BMW Group Malaysia menyatakan manfaat yang diperoleh daripada pelaksanaan GST itu akan diberikan kepada para pelanggannya.

The all-new BMW 2 Series Active Tourer (2) (1)

Harga runcit yang dianggarkan

(di atas jalan, tidak termasuk insurans, dengan BMW Service + Repair Inclusive (BS+RI) )

untuk kenderaan berikut adalah:

 

BMW 218i Active Tourer  – RM 218,800.00

BMW 218i Active Tourer Luxury line – RM 248,800.00

BMW X6 xDrive35i – RM 718,800.00

BMW i8 – RM 1,188,800.00

(BMW i8 Price termasuk BMWi wallbox.)

 

The new MINI John Cooper Works (1) (1)

Harga runcit yang dianggarkan

(di atas jalan, tidak termasuk insurans, dengan MINI Service Inclusive)

untuk kenderaan MINI berikut adalah:

 

MINI John Cooper Works – RM 288,888.00

MINI Cooper 5-Door – RM 188,888.00

MINI Cooper Countryman – RM 198,888.00

The new BMW S 1000 RR (4) 

Harga runcit yang dianggarkan (di atas jalan, tidak termasuk insurans) untuk BMW Motorrad berikut adalah:

 

The new BMW S 1000 RR – RM 108,900.00

The new BMW R 1200 R – RM 91,900.00

The new BMW R 1200 R (1)

Previous post

Volvo XC90 Paling-Mewah 'Excellence' Akan Dilancarkan

Next post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Prince Royce - 'My Angel'

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *