BMW i8 Akhirnya Tiba di Malaysia
Peminat BMW telah menunggu lama akan ketibaan BMW i8 di Negara ini, ditambah dengan pencapaian kemuncak BMW sepanjang beberapa dekad lalu yang tidak sampai di pasaran kita. Model i8 telah pun dikeluarkan dibeberapa rantau lain, dan Sultan Johor sendiri memilikki salah sebuah dari model ini sebelum ianya dilancarkan kepada umum. Ianya sebuah kereta hibrid sepenuhnya dengan sistem plug in untuk in-situ charging.
Tetapi akhirnya model ini tiba di Negara kita, dan acara BMW World Malaysia adalah kesempatan yang tepat untuk melancarkan model ini yang telah diumumkan awal tahun ini. ‘Supercar’ yang menakjubkan ini berharga RM1,188,800 atas jalan tanpa insuran. Tidaklah terlalu tinggi harga yang perlu dibayar untuk memilikki sebuah teknologi yang menakjubkan, kerana seperti jenama Porsche juga boleh mencapai harga sebegitu.
Model i8 dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbocharged dan motor elektrik yang bergerak seiring. Enjin ini sama dengan enjin 3-silinder TwinPowerTurbo yang menguasakan banyak model BMW kini, yang menghasilkan 231PS dan tork 320Nm. Motor elektrik sahaja boleh memberikan 131PS dan tork 250Nm dari 0 rpm. Sistem gabungan ini menghasilkan 362 PS dan tork 570 Nm.
Berbanding dengan dua model ‘i’, model i8 adalah konsep yang terbukti dan alat pemasaran yang kuat untuk teknologi plug in hibrid BMW. Ianya menampilkan teknologi EfficientDynamics sepenuhnya, dan juga peralatan dan ciri ciri BMW yang anda jangkakan mesti ada dalam model terunggul ini. Mod elektrik untuk i8 berfungsi hingga 35 km, pada kelajuan hingga 120 km/j- penggunaanya jauh lebih hebat dari model EV pada model hibrid lain.
No Comment