Berita Auto

Donkervoort D8 GTO Dedahkan Carbon Fibre Skin

Keluarga Donkervoort D8 GTO terus tumbuh dengan kehadiran versi baharu jenama mereka: Edisi D8 GTO Bare Naked Carbon. Donkervoort yang pertama sekali dilengkapi sepenuhnya dengan gentian karbon yang nampak – satu teknik yang unik dan struktur bahan fiber yang dikenali dapat dilihat – bukan sahaja menyerlahkan teknologi tinggi, ciri-ciri pecutan-hebat pada D8 GTO tetapi juga menampilkan sedikit ciri ‘dark side’. Contoh pertama kereta menarik ini akan keluar dari kilang Donkervoort, Belanda, minggu ini, menuju ke Switzerland.

donkervoort-d8gto-carbon-achter-1 Edisi Bare Naked Carbon baharu mengutamakan teknologi tenggi, paling ringan, pecutan-hebat D8 GTO melalui kombinasi unik komponen gentian karbon yang ringan dan kuasa enjin sport Audi 2.5L R5 TFSI pure.

donkervoort-d8gto-carbon-koplamp-1

Fokus edisi khas ‘cosmetic-only’ – gentian karbon. Rekaan dalam dan luar GTO diperbuat sepenuhnya menggunakan bahan paling ringan fdan paling berkuasa.Bahagian luaran, dengan gentian karbon fdapat dilihat dari muncunghingga ke diffuser, memberikannya tampak lebih misteri, ‘gelap’ pada D8 GTO yang cantik ini. Penampilan karbon ini juga dapat dilihat pada bahagian dalam, seperti elemen kerusi, panel pintu, bingkai tingkap, dashboard dan sil pintu. Gentian karbon juga dapat dilihat hingga ke peralatan paling kecil dalam edisi Bare Naked Carbon – malah ada dalam ‘ignition cylinder housing’, tali pinggang dan roll bar trim dan headlight housings diperbuat dengan gentian karbon.

donkervoort-d8gto-carbon-zijkant-1

Pemilik baru Donkervoort D8 GTO mempunyai pilihan untuk mendapatkan komponen bodywork yang diperbuat daripada gentian karbon. Namun, matlamat utama Donkervoort memberi isyarat di kaki langit: karbon sepenuhnya D8 GTO. Ketibaan edisi the D8 GTO Bare Naked Carbon mewakili milestone yang penting di Donkervoort yang mempunyai sejarah hampir 37-tahun.

Previous post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Juicy J, Kevin Gates, Future & Sage the Gemini 'Payback'

Next post

Audi Mengeluarkan Varian TT 1.8 TFSI

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *