Edisi Akhir Evo X : Nama Plat Terakhir Lancer
Bulan lepas kami melaporkan bahawa minat Mitsubishi untuk membangunkan sedan baru semakin berkurangan kerana jumlah penjualan tidak mendapat pulangan berbanding kos pembangunannya. Ianya menunjukkan satu era akan berakhir terutamnya bila memandangkan bagaimana penmtingnya jenama Lancer buatan Mitsibishi kepada peminatnya. Nampaknya syarikat tersebut tidak dapat mengelak apa yang akan berlaku. Konsep yangdiperkenalkan pada bulan Disember tahun lalu kini telah dilancarkan dimana pesanan diambil dari Jepun.
Versi akhirmungkin menjadi yang terakhir bagi Lancer dipanggil ‘Lancer Evolution Final Edition’. Enjin petrol turbocharged MIVEC 2-liter akan menghasilkan lebih kuasa berbanding MIVEC 291 biasa, menurut laporan tiada nombor prestasi rasmi yang dikeluarkan lagi. Apa yang kita tahu, enjinnya telah diringankan dan injap ekzos suntikan natrium ditambah untuk mencapai hasil yang lebih tinggi. Ia juga dilengkapi dengan kotak gear manual 5-kelajuan dengan suspensi yang datang dari Bilstein dan Eibach.
Kereta Edisi Akhir berharga US$35,800 ini tidak berbaloi untuk diperkatakan, memandangkan hanya 1000 buah sahaja yang boleh didapati kepada pelanggan di Jepun, yang dijangka penghantarannya pada bulan Ogos tahun ini. Kereta ini akan menerima lambang kebesaran dan plak yang akan membuktikan eksklusif dan istimewanya setiap satu dari 1,000 unit itu.
Lima pilihan warna iaitu merah, hitam, putih, biru dan kelabu ditawarkan kepada pelanggan, walaupun ianya datang dengan bumper hadapan bewarna hitam glossy yang menbahagikan bahagian atas dan bawah grille kereta. Secara keseluruhannya, ianya satu cara yang hebat untuk ucapkan selamat tinggal kepada lagenda kereta sport.
No Comment