Berita Auto

Ford Keluarkan Maklumat Spesifikasi EU Mustang, Yang Telah Menerima 2000 Tempahan Setakat Ini

Ford Mustang – sedang dijual di Eropah buat pertama kali dalam sejarah 50 tahun kewujudan kereta ini – kereta ini boleh didapati dengan enjin Ford V8 5.0 liter yang memberikan 421 PS dan tork 530Nm, atau enjin bahan api- efisyen, ECO Boost 2.3 liter yang memberikan 317 PS dan tork 432Nm.

Mustang-3

Model fastback V8 5.0 liter dengan transmisi manual enam-kelajuan mencapai 100km/j dari mula enjin dihidupkan dalam hanya 4.8 saat – lebih pantas dari model Ford yang lain di Eropah sejak Ford GT supercar yang dikeluarkan dalam jumlah yang rendah dilancarkan pada tahun 2005.  Ford Mustang 2.3 liter EcoBoost fastback manual mencapai penanda aras 5.8 saat.  Dilengkapi dengan enjin Ford EcoBoost 2.3 liter, Ford Mustang baharu ini juga memberikan hingga 8.01/100km penggunaan bahan api yang efisyen dan 179 g/km emisi CO2.

Mustang-7

Kereta ini boleh didapati dengan enjin V8 5.0 liter transmisi manual di mana sistem pelancaran kawalan memegang enjin pada pra-ketetapan yang dinilaikan antara 3,000 rpm dan 4,500 rpm dengan tekanan pecutan sepenuhnya.  Apabila kluc dilepaskan, penghantaran tork kepada roda belakang dikawal untuk cengkaman yang maksimum dan permulaan yang konsisten.  Sistem Line Lock elektronik juga boleh didapatkan untuk enjin V8 5.0 liter yang hanya untuk brek depan, membolehkan pemandu memanaskan tayar belakang.

Mustang-2 (1)

Peralatan standard tambahan termasuk sistem bunyi 9-speaker, dan kawalan suara SYNC 2 dihubungkan dengan skrin sesentuh warna saiz 8 inci.  Ford Mustang kini boleh ditempah secara eksklusif di lokasi FordStore, sekitar Eropah yang kebanyakkannya di kawasan metropolitan.  Kenderaan pertama dijadualkan untuk sampai pada pengedar di Eropah dari Julai dan UK dari bulan Oktober.

Mustang-4

 

 

Previous post

Keuntungan Global Daimler Melonjak 41%

Next post

Bateri Baharu Untuk Tesla Roadster Pada Ogos Ini

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *