Berita Auto

Ford Mondeo Kini Dibuka untuk Tempahan Awal

Ford Mondeo memang diminati.  Generasi sebelumnya adalah kereta yang berjaya keluar dari D-Segmen dan menjadi kereta mewah sepenuhnya.  Ianya cemerlang dari segi dinamik dan keselesaan, cuma kurang dari segi rekaan dalaman.

Photo-2-Mondeo-Side-View-2

Tetapi dengan ketibaan generasi baharu, Ford bersedia untuk memilikki kereta terhebat.  Model baharu ini akan tiba di Malaysia dengan enjin sama iaitu enjin EcoBoost 2.0 liter yang memang diminati ramai, menghasilkan 240 PS/345 Nm dan transmisi 6-kelajuan SelectShift kluc-berkembar.   Walaupun select shift punya mod pilihan manual, Mondeo datang dengan paddle shifters untuk memudahkan kerja peralihan.

Ianya akan menggunakan sistem SYNC 2 yang baru-baru ini dilihat pada wajah baru Ranger dan Everest serba baharu.  Mondeo mungkin model pertama dalam Negara ini tang menggunakan sistem SYNC 2 yang import sebelum kemasukkan dua model tadi.  Adaptive Cruise Control akan dipakej dengan model ini, yang berfungsi lebih baik.  Dikatakan tujuh bag udara akan diberikan sebagai ciri-ciri standard bagi kereta ini, dengan kestabilan elektronik dan sistem kawalan cengkaman.

Photo-4-Mondeo-Interior

Mondeo kini boleh dilihat di pelbagai roadshow antara 1 da 5 April.  Selain dari acara di Bangsar Shopping Centre dari 1 – 5 April, terdapat beberapa acara pameran lain di seluruh Lembah Kelang, dengan tempahan awal dan uji pandu boleh dibuat di:

  • 22-26 April: Desa Park City
  • 6-10 Mei: Setia City Mall

Model ini dianggarkan berharga sekitar RM203,800, agak berbaloi sekiranya anda mencari kereta German dari D-segmen.

Photo-3-Mondeo-Side-View

 

Previous post

Ford Smart Commute: Hilangkan Stress Dengan Teknologi Ford

Next post

UMW Toyota Motor Memperkenalkan Varian Baharu Toyota Camry.

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *