Ford Smart Commute: Hilangkan Stress Dengan Teknologi Ford
Pemandu di Asia Tenggara menghabiskan masa yang banyak dalam kereta mereka – 1,000 jam dalam kereta setiap tahun, yang bersamaan dengan 125 kali tidur secukupnya! Pemandu di India menghabiskan kebanyakan masa berulang alik, dengan hampir 50 persen dari mereka yang menghabiskan sekurang-kurangnya 12 jam dalam kereta setiap minggu, bermakna 600 jam setiap tahun!
Kenapa tidak kita kurangkan semua stress berulang-alik ini dan jadi lebih produktif? Kenderaan Ford dengan pelbagai ciri-ciri yang boleh membantu anda mengisi masa yang anda habiskan didalam kereta.
Kekal Positif
Kekal positif adalah kunci kejayaan dalam hidup. Adakalanya, perkara kecil dan kerja harian seperti secawan kopi kegemaran anda atau sarapan sedap yang boleh menaikkan semangat anda. Bermula hari anda dengan sesuatu yang menyenangkan sebelum memandu kereta boleh membantu anda kekal positif sepanjang hari.
Tenang dan hormati pemandu lain
Pemandu selalunya mengganggap kenderaan mereka sebagai santuari peribadi mereka dimana mereka boleh berada dalam alam ruang peribadi mereka. Kereta Ford dijuruterakan dengan penebat bunyi, untuk memudahkan anda berada keadaan minda yang tenang untuk mencapai keseimbangan mental.
Elakkan kesesakkan lalu lintas
Kita semua tahu terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas boleh merosakkan kegembiraan dalaman anda. Kalau boleh, mulakan hari anda awal pagi untuk mengelakkan kesesakkan. Cara lain untuk elakkan trafik dan memandu tanpa stress adalah sekala sekala cuba ikut jalan lain. Mesti selalu ada jalan alternatif sekiranya berlaku kemalangan, masalah cuaca atau faktor lain yang melambatkan anda jika mengikut jalan yang biasa dilalui.
Gunakan masa anda sepenuhnya
Anda tidak ada masa untuk habis baca buku kegemaran anda? Cuba guna buku audio? Ciri SYNC Bluetooth streaming boleh bantu anda membaca cerita pilihan anda.
Arahan suara SYNC juga membantu anda mendapat berita terkini. Ianya memudahkan anda memilih antara siaran radio, mendapat berita terkini dan mendengar track kegemaran anda.
Keadaan kereta yang tersusun
Memastikan kereta anda tersusun dan tidak bersepah lebih mudah dengan banyak ruang simpanan yang ada dalam kenderaan Ford. Keadaan kereta anda bukan saja nampak tersusun tetapi juga melindungi anda dari sebarang bahaya. Benda mudah seperti botol, tersangkut pada padel brek, boleh mendatangkan bahaya. Berusaha untuk pastikan kereta anda kemas dan tiba ditempat kerja anda dengan hati yang tenang.
Kekal selesa
Perjalanan dalam keadaan panas memang tidak selesa. Sistem kawalan cuaca dari Ford mengurangkan suhu dalam kereta dari 70 darjah Celsius kepada 30 darjah dalam hanya 10 minit, memberikan keselesaan pada anda bila perluka!
Penjimatan duit
Cara yang paling baik untuk kurangkan stress adalah apabila anda dapat berjimat dengan memandu lebih cekap. Kecil tapi hebat, itulah enjin EcoBoost dari Ford yang memberikan kuasa yang anda mahukan dari Ford, dengan penggunaan bahan bakar 20 persen lebih baik.
Berkongsi kereta
Muak mendengar radio, muzik dan bercakap seorang? Berpakat dengan rakan-rakan, teman sepejabat atau jiran berkongsi kos memandu kereta, kurangkan emisi dan berseronok bersama.
No Comment