Generasi ke-9 Chevrolet Malibu diPerkenalkan di Amerika Utara.
Model baharu ini direka semula sepenuhnya dan boleh berbangga dengan ciri-ciri eksklusifnya seperti sistem perhubungan dan keselamatan baharu. Serta juga pembaikan kecekapan dari rangkaian kuasa hibrid baharu. Teknologi mesra-eko dimabil secara langsung dari model Volt dan disesuaikan untuk keperluan kereta yang lebih besar. Anggaran kombinasi ekonomi bahan api adalah lebih 45 mpg. Untuk membandingkan jumlah ini, unit standard 1.5L turbo di kadarkan 37 mpg di lebuhraya.
Aspek penting lain yang menyumbang pada kecekapan hebat adalah berat kereta ini hampir 300 paun (136kg) lebih ringan dari sebelumnya. Ianya juga lebih panjang empat inci (101 mm) dan kedua faktor ini menghasilkan elbih ruang untuk penumpang.
Untuk maklumat lanjut, enjin Volt 1.8L empat-silinder ini dikombinasikan dengan unit pacuan dua-motor. Total output adalah 182 hp (136 kW). Unit ini juga dilengkapi dengan Exhaust Gas Heat Recovery (EGHR) dari Chevy yang bergerak dengan menggunakan kepanasan ekzos untuk memanaskan enjin dan kabin. Kuasa elektrik datang dari pek bateri 1.5 kWh lithium-ion, yang boleh memacu model Malibu ini hingga 55 batu sejam (88km/sejam). Sistem brek regeneratif juga terdapat dalam model ini.
Sebagai standard, Malibu ini datang dengan unit baru Ecotec 1.5L turbo, dikadarkan pada 37 mpg di lebuhraya. Ianya menghasilkan 160 hp (119 kW) dan tork 184 Ib-ft (250 Nm). Pada mereka yang mencari output tinggi, maka Chevy telah menyediakan untuk mereka ini enjin 2.0L turbocharged, yang menghasilkan 250 hp dan tork 258 Ib-ft (350Nm), dan rating kecekapan bahan bakar pada 22 mpg di bandar dan 32 mpg di lebuhraya.
Terdapat banyak ciri-ciri teknologi dalam Malibu baharu ini dari segi hiburan dan keselamatan yang biasanya ada dalam model GMC. Yang paling menarik adalah ciri Uji Pandu yang standard bagi model ini dan bantuan keselamatan pemanduan. Ini dapat dilakukan dengan meredamkan audio jika ada penumpang yang belum memasang talipinggang keledar lagi.
Generasi ke-9 Malibu ini akan ditawarkan dalam peringkat empat trim: L, LS, LT dan Premier dan juga ada versi Hibrid. Maklumat lebih lanjut tentang model dan trim tertentu akan diumumkan dalam masa terdekat produksi. Dan percayakah anda varian pertama Malibu telah dihasilkan pada tahun 1964 lalu?
No Comment