Jaguar XE Masuk Produksi di Solihull
Kilang Pembuatan Jaguar Land Rover di Solihull, hari ini menjadi satu lagi tanda milestone penting dalam sejarah 70 tahun jenama itu apabila mereka menerima jenama Jaguar di kilang mereka buat pertama kalinya. Kilang yang bertempat di Midland Barat ini menandakan permulaan produksi Jaguar XE serba baharu dengan pembukaan resmi kilang canggih £500juta mereka, ‘kilang dalam kilang’.
Ketibaan XE di Kilang Pembuatan Solihull adalah satu signifikasi penting bagi jenama Jaguar dan Land Rover. Terkenal dengan mengeluarkan kereta saloon ikonik dunia dalam sejarah, kedatangan produksi XE di Solihull menandakan milestone utama untuk Jaguar yang telah mencapai 80 tahun. Bagi Land Rover pula, menyambut kedatangan jenama Jaguar di rumah mereka adalah antara pelan pembangunan yang utama yang telah menyaksikan kilang itu melalui transformasi yang hebat dalam hanya lima tahun. Dalam masa yang singkat ini, produksi Solihull meningkat hampir tiga kali ganda dan tenaga kerja meningkat dua kali ganda.
Pembukaan body shop dan trim baharu dan fasiliti akhir – yang mewakili pelaburan tunggal terbesar di kilang Solihull dalam sejarah 70 tahunnya, telah diresmikan oleh para pekerja mereka yang mengambil bahagian dalam meraikan jenama terkenal didunia ini.
Permulaan produksi XE di kilang Solihull adalah langkah pertama dalam menjadikan kilang ini sebagai operasi pembuatanjenama berkembar. Awal tahun ini, syarikat tersebut telah mengesahkan Jaguar berprestasi crossover, F-PACE, akan dibina di sini. Mengguanakn pelaburan berjumlah £1.5bilion dalam senibina kenderaan aluminium berteknologi maju, Jaguar Land Rover terus maju kehadapan dalam meningkatkan persaingannya, fleksibiliti dan kecekapan untuk memberikan produk yang lebih baru dan menarik untuk pelanggan diseluruh Negara.
No Comment