Kereta Autonomi Hyundai di Bilik Pameran pada 2020
Apabila Mercedes Benz umumkan bahawa kereta autonomi mereka F 015 akan berada di bilik pameran seawall 2030, manakala Audi serta Volvo menjalankan uji pandu sebenar pada kenderaan autonomi mereka diperingkat dunia, gergasi automotif Korean, Hyundai Motor pula baru saja berkata bahawa mereka bermatlamat untuk mengkomersialkan keupayaan pemanduan autonomi pada beberapa model kereta mereka seawal 2020, sejajar dengan peranan pembikin auto Korea Selatan bersaing dalam teknologi yang semakin meningkat.
Pembuat kereta seperti Mercedes-Benz, Ford dan General Motors serta juga gergasi teknologi seperti Google dan Apple telah pun membangunkan kenderaan tanpa kawalan pemandu yang boleh menghabiskan perjalanan sepenuhnya tanpa input manusia.
Tetapi ada pakar penganalisis automotif menjangkakan kereta tanpa kawalan pemandu tidak akan wujud di pasaran global hingga awal atau pertengahan 2020, sebahagainya kerana halangan peraturan. Kami percaya tahun 2030 lebih kena sebagai tarikh pengeluaran.
Hyundai, sepertimana pembuat auto yang lain, telah pun mempunyai ciri-ciri pemanduan tanpa kawalan pemandu dalam kenderaan premium mereka seperti Genesis yang termauk sistem brek automatik. Kami lebih suka lewat dari awal untuk pastikan kerja kami tidak terjejas.
No Comment