Lexus ES dan RX 200 T Baharu Dipamerkan di Auto Shanghai
Varian 200T yan diteruskan dari NX 200T, telah menggantikan varian RX 270 dalam rangkaiannya. Enjin turbo ini akan digunakan pada semua rangkaian produk Lexus, jadi kita akan menjangkakan bebeapa model yang akan menggunakannya. Berkemajuan tinggi dan sangat moden, model ini boleh bermegah dengan kawalan yang mudah dan kecekapan yang hebat, dan tidak sabar melihat kehebatannya dalam prestasi yang berorientasikan apikasi ini.
Dan untuk model ES baharu pula, ini adalah model lain yang sangat popular walaupun bukan model utama dalam rangkaian Lexus. Model ES ini lebih kepada latihan menghias semula, tetapi jurutera Lexus akan beritahu sedan bersaiz pertengahan ini bukan saja baru dari segi bumper dan rekaan dalaman baru tetapi lebih dari itu.
Lexus ES berkembang maju kepada usaha kejuruteraan tersendiri, dan walaupun ianya berkongsi asas dengan Toyota, ianya mempunyai toleransi dan kualiti standard lebih tinggi dari kereta pasaran besar-besaran yang biasa. Dari segi enjin pada model ini dalam pasaran kita telah dibina mengikut spesifikasi tinggi di Jepun dan lebih lancar dari pengeluar enjin di Thailand untuk rekaan yang sama.
Model baharu ini lebih kepada berwajah baru tetapi dari segi usaha kejuruteraan, jurutera Lexus telah memperkukuhkan casis untuk meningkatkan ketegaran. Bagi pasaran di Shanghai, bahagian dalamnya menerima unit hiburan yang lebih besar dan juga ciri-ciri lain, dan ini berbeza pada setiap pasaran tetapi secara keseluruhannya model ES baharu ini adalah penggayaan semula, iaitu lebih agresif dari yang kita kenal dan suka.
No Comment