Lotus Akan Membina Kereta di China
Lotus merancang untuk membina kereta dan enjin di China dalam satu usaha sama dengan syarikat Goldstar Heavy Industrial Co. Cadangan usahasama ini akan bermula dengan kajian produksi dan penjualan kenderaan dan peralatan, kata DRB-Hicom, Lotus Malaysia di Bursa Saham Kuala Lumpur.
Goldstar adalah pengeluar kereta bertempat di Fujian. Ushasama ini akan melibatkan pelaburan 10 bilion yuan ($1.6 bilion) untuk jangkamasa 15 tahun, dan akan membuat dan menjual kenderaan dan enjin dalam masa 24 bulan selepas mendapatkan lesen, kata mereka lagi.
DRB-Hicom telah mencuba untuk membuat penstrukturan semula selepas mengambil alih syarikat melalui pembelian oleh Proton 2012. Pengeluaran di China membenarkan syarikat untuk mengelak traif import Negara sebanyak 25 persen.
No Comment