Mazda 2 Sedan Tidak kurang hebatnya.
Mazda 2 adalah keluaran terbaru Mazda untuk pesaing dalam Segmen B, yang direka untuk pengguna yang meminati kereta seumpama Ford Fiesta, Suzuki Swift, Peugeot 208, dan sebagainya. Kereta Mazda 2 baharu, tampil dalam 2 pilihan iaitu hatchback dan sedan, hanya ada satu spesifikasi untuk model ini – satu tahap trim. Agak pelik, terutamanya pada mereka yang sedar tentang kepentingan bajet dalam pasaran kereta. Satu tahap trim? Ia adalah satu langkah berani yang diambil, untuk tidak mengikut perbezaan bajet pengguna yang sekecil beberapa ribu ringgit sahaja, yang mampu menjadikan sesebuah kereta itu berjaya atau gagal.
Dari segi rekaan, Mazda 2 memilih rekaan minimal yang hebat, dengan sistem bunyi yang dipasang di bahagian depan dan tengah. Plastik keras mengukuhkan lagi bahagian dashboard. Namun terdapat penggunaan bahan seperti kulit dan panel gentian-faux (sekarang ini, sukar untuk tentukan kulit tulen dari kulit tiruan)
Paparan kecil membolehkan pemandu memberi lebih perhatian sementara memantau kelajuan tanpa mengalihkan pandangan daripada jalanraya yang kita hanya dapat lihat dalam model kontinental beberapa tahun lalu. Pakej dilengkapkan dengansalah satu sistem bunyi yang terhebat.
Ianyakemas dan intuitif, mudah diuruskan malah skrin sesentuh boleh digunakan semasa kereta tidak bergerak. Ianya juga dilengkapi dengan pakej sistem navigasi, sesuatu yang kita tak pernah jangka ada dalam Segmen B, 5 tahun yang lalu.
Pilihan rangkaian kuasa tunggal buat masa ini adalah enjin petrol SKYACTIV 1.5 liter yang dipadankan dengan transmisi konvensional automatik enam-kelajuan dengan paddle shifter. Semenjak Honda Jazz dan City tidak lagi menggunakan paddle shifter dari senarai peralatan mereka, kini Mazda menjadi satu-satunya kereta dalam kelasnya yang menawarkan kepada pengguna.
Stereng bagi model ini adalah direct off-centre, dan belakangnya hanya mula beralih apabila ianya mencapai had tayar depan. Tahap brek Mazda 2 agak edgy tetapi kurang tersentak berbanding dengan kereta lain dalam segmennya. Dan jika anda tidak mahu mengawal kereta, terdapat kawalan kestabilan elektronik sebagai peralatan standard, dengan 2 bag udara bagi melindungi pemandu bila berlakunya kemalangan.
Mazda 2 Sedan adalah pakej dan pilihan hebat dari model sedan dalam Segmen B. Kepada sesiapa yang mencari pilihan yang lebih jimat, perlu tunggu dulu untuk kedatangan model diesel yang dijangkakan tiba lewat tahun ini. Untuk masa sekarang, Mazda 2 boleh didapati dengan harga RM87,956- sama harga dengan rangkaian hatchback.
No Comment