Mazda Membawa Reka Bentuk Kodo Kepada Objek-Objek Harian
Rekabentuk Kodo adalah sesuatu yang telah diperkenalkan dengan generasi model Mazda, bermula dengan Mazda CX-5 dan Mazda 6 akhirnya kepada Mazda 3 dan Mazda 2. Ianya adalah rekabentuk yang memadankan dengan teknologi SKYACTIV mereka, sesuatu yang seperti bentuk mengikut fungsi punya hal; kita telah mendengar banyak variasi daripada konsep ini, tetapi ianya lanhkah yang agak radikaldaripada apa yang telah mereka bina sebelum ini.
Mazda menugaskan pereka mereka dengan menggunakan konsep reka bentuk KODO kepada objek-objek harian. Dengan membawa pameran mereka ke Milan, yang bertajuk “Reka Bentuk Mazda: Kereta adalah Seni”, Mazda bertujuan Mazda bertujuan untuk melanjutkan evolusi pengungkapan dengan gerakan dua daya kederiaan utama yang berakar umbi dalam estetika Jepun; RIN, satu perasaan mengawal maruah diri dan EN, rasa sensual yang memikat yang bercakap secara langsung dengan deria.
“Basikal dengan konsep KODO” adalah pelumba trek yang berusaha mencari keindahan semulajadi dalam basikal. Struktur minimalisnya terdiri daripada sejumlah sedikit bahagian peralatannya. Kerangka dibentuk begitu susah payah dengan mengetuk sekeping keluli dan pelana kulit hitam dijahit tangan yang menampilkan benang merah yang sama dan rekabentuk jahitan sama seperti Mazda MX-5 yang serba baharu itu. Gandingan dinamisme dan daya tarikan basikal itu menampakkan keanggunan gaya Mazda MX-5
“Sofa oleh konsep KODO,” mempamerkan satu gabungan perasaan indah dan seni ketukangan halus Itali daripada rekabentuk Mazda yang disokong oleh tradisi pembuatan perabot sejak sekian lama. Bentuk sofa itu dibuat seperti Mazda CX-3 serba baharu itu dan membangkitkan gerak kukuh yang lazim terdapat kepada kesemua kenderaan generasi baharu Mazda.
Turut dipamerkan pada acara tersebut adalah hasil kerja oleh petukang tradisional Jepun yang mendapat ilham oleh falsafah rekabentuk KODO. Ianya sedikit abstrak, tetapi jika ianya membawa syarikat tersebut kembali ke asalnya, jadi apa salahnya. Jika anda merasa ianya agak terlalu loopy, disini adalah video Mazda yang lama untuk menarik minat dihati anda. Ianya bercakap tentang “jinba ittai”, atau “horse and rider”- salah satu prinsip utama dalam kebolehan pengendalian membangunkan MX-5
No Comment