McLaren 540C Dilancarkan di Auto Shanghai
McLaren akan mengeluarkan satu lagi varian dari model popular mereka, 650 S. Bermula dari MP4-12C, ianya telah berkembang sejajar dengan perkembangan generasi model itu, yang kemudiannya disesuaikan bagi menghasilkan pelbagai varian untuk memasukki segmen berbeza dalam pasaran. Ianya seperti bermain dengan setting kualiti vs kelajuan pada printer.
Tetapi ianya bukanlah sesuatu yang tidak elok. Model 650 S adalah kereta hebat yang tajam dan sangat halus, menetapkan tahap sesebuah supercar dengan pemanduan yagn serba boleh. Ianya efisyen dan pantas, menjadikannya satu asas yang boleh digunakan apabila membangunkan model berbeza untuk pasaran segmen berbeza.
Porsche juga berbuat yang sama bertahun lamanya. Platfom 911 mempunyai banyak arian berbeza, dan walaupun ianya dari kereta yang sama, tidak timbul isu untuk menerima setiap model mempunyai keunikan tersendiri dan mensasarkan khusus kepada pesaingnya.
Mungkin isunya adalah model 911 telah lama diterima sebagai kereta yang dihasilkan secara meluas, manakala MP4-12C dan penggantinya 650 S dianggap sebagai lebih istimewa dari sesuatu yang jarang ditemui. Sebenarnya model ini boleh didapati pada model lain yang banyak persamaanya pada harga yang lebih rendah, oleh itu ianya agak mengecewakan bagi pemilik 650 S. Ini adalah risiko menghasilkan supercar secara besar-besaran.
Walaupun ianya adalah kereta ‘bajet’ McLaren, 540 C masih sangat pantas. Ianya mampu menghasilkan 533 bhp dari enjin sama, 3.8 liter tubro V8 yang ada pada 570 S. Platfom ini, walaupun diambil dari 650 S, tapi lebih dekat dengan 570 S dengan ruang simpanan yang lebih luas.
No Comment