Berita Auto

Michelin Peroleh 40%  Pegangan dalam Allopneus SAS Untuk €60juta.

Michelin baru saja mengumumkan perolehan 40% pegangan dalam Allopneus SAS, peneraju penjual tayar internet Perancis terkemuka di laman web, sebanyak €60juta.  Berdasarkan kepada Aix-en-Provence, Allopneus menjual 3 juta tayar di Perancis dalam tahun 2014, dan menikmati pertumbuhan kukuh, dan hari ini meningkat 7% dalam pasaran Perancis.  Dijalankan oleh pengasasnya, Didier BLAISE, hari ini, Allopneus mempunyai lebih daripada 200 orang dan telah mencipta nama melalui model perniagaan yang berprestasi tinggi dan kebolehpercayaan perkhidmatan mereka menjadikannya peneraju e-dagang untuk tayar di Perancis.

Michelin-racing-tires

Satu dari dua pemandu yang berhasrat untuk membeli tayar baru mencari informasi terperinci dalam masa seminggu sebelum membelinya.  Di Perancis, tiga dari empat pelanggan mencari informasi secara online dan buat masa ini 13% dari mereka akan membuat pembelian secara online.  “ Melalui pegangan saham ini, Allopneus, yang telah membolehkan satu transformasi dari trend pengguna ini kepada satu model perniagaan yang kukuh, akan menyaksikan satu pertumbuhan pesat dengan mendapat faedah dari kekuatan Michelin Group dan perkembangan dari segi penawaran terutamanya dari rangkaian pengedaran Auromaster, sebuah subsidiri Michelin,” kata Didier BLAISE.

michelin_truck1

Melalui perkongsian pembinaan yang strategik dengan Allopneus, Michelin akan mengembangkan rangkaiannya secara online dan menambah kehadiran komersialnya.  Michelin Group akan dapat menyesuaikan perbezaan mod online dan offline  dari segi pencarian dan pembelian, sekaligus meneruskan strategi untuk meningkatkan khidmat yang ditawarkan kepada pelanggan.

MichelinMan_Dyna

 

Previous post

BMW i8 Akhirnya Tiba di Malaysia

Next post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Sevyn Streeter 'How Bad Do You Want It (Oh Yeah) (Bang La Decks - Utopia)'

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *