Nissan Lancarkan X-Trail Hibrid di Jepun
Hari ini Nissan mengumumkan pelancaran Nissan X-Trail hibrid baharu, yang akan mula dijual pada 13 Mei 2015 di semua pengedar Nissan di Jepun. Generasi X-Trail yang ada sekarang telah meraih ulasan yang baik dari pelanggan dari segi prestasi pemanduannya yang hebat, yang direalisasikan oleh ciri-ciri seperti sistem 4X4-I ALL MODE dan teknologi kawalan casis yang maju yang telah diterima sebagai yang pertama di dunia – serta juga ciri-ciri keselamatan yang pelbagai seperti Emergency Brake dan Around Monitor dengan Intelligent Parking Assist.
Dilengkapi dengan enjin hibrid 2.0 liter MR20DD yang boleh mendapatkan prestasi pemanduan dan juga mesra alam, X-Trail Hibrid baharu ini memberikan pengalaman pemanduan yang selesa dengan pecutan berkuasa dan sangat senyap berbanding enjin petrol 2.5 liter biasa. Tambahan lagi, semua gred mencapai pengecualian cukai. Juga, X-Trail Hibrid baharu ini akan mempunyai Forward Emergency Braking sebagai peralatan standard, menambahkan lagi ciri-ciri teknologi keselamatannya. Nissan merancang untuk perkenalkan Forward Emergency Braking sebagai peralatan standard pada kesemua model utama mereka di Jepun, pada akhir musim luruh 2015.
Enjin MR20DD 2.0 liter, yang dioptimakan bersama sistem hibrid, meningkatkan prestasi asas dengan memindahkan talipinggang tambahan dan menggunakan kedap minyak geseran rendah. Kombinasi XTRONIK dengan enjin mendapat kawalan step shift yang sama seperti kenderaan petrol, yang menyumbang kepada kecekapan penggunaan bahan api yang hebat dan pecutan yang kuat.
Bateri lithium-ion dengan output tinggi membolehkan pengecasan dilakukan dengan pantas. Ini menyumbang kepada kelajuan tertinggi, kawalan tepat dari motor elektrik dan kawalan kluc yang optimum, yang membolehkan keduanya bermula dengan licin dan pertukaran gear yang pantas. Dengan baterinya yang kompak, X-Trail hibrid baharu ini mencapai muatan bagasi lebih 400L (berdasarkan kaedah VDA), sama dengan kenderaan petrol.
No Comment