Pemilik Kenderaan Scania Kini Semakin Beruntung Kerana Kos Penyelenggaraan Lebih Menjimatkan
Dengan pengenalan insentif Penyelenggaraan Scania (Scania Maintenance) percuma selama dua tahun, pelaburan dalam kenderaan Scania kini lebih menguntungkan. Perkhidmatan ini adalah tambahan kepada perkhidmatan Scania Assistance yang diberikan secara percuma selama dua tahun dengan Scania Fleet Management yang juga percuma selama sepuluh tahun dan disediakan sebaik sahaja tempahan dibuat.
Scania Maintenance adalah sebahagian daripada perkhidmatan yang ditawarkan di bawah Scania Contracted Services. Penyelenggaraan percuma ini merangkumi kos panggilan bantuan, pengangkutan ke/dari tempat kerosakan, pemeriksaan anjuran kilang, minyak pelincir, penapis dan juga upah. Kesemuanya dua tahun percuma untuk setiap trak, bas dan chassis gerabak yang dibeli (had jarak panduan diambil kira).
“Kejituan setiap kenderaan Scania dijamin oleh tradisi kejuruteraan pintar menjangkau lebih dari seratus tahun. Oleh itu, bijak andainya mendapat kontrak penyelenggaraan Scania ini,” kata James Armstrong, Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara. “Prosedur penyelenggaraan yang ditawarkan merupakan penyelesaian proaktif ke arah menjimat kos dan masa agar pelanggan kami dapat mengurangkan kos operasi dan seterusnya memaksimumkan keuntungan. Pelanggan juga selesa dengan struktur kos penyelenggaraan yang tetap dan dengan itu boleh memberi sepenuh tumpuan kepada perniagaan teras mereka.”
Pada tahun lepas, Scania Malaysia melancarkan perkhidmatan Scania Assistance dengan nombor panggilan 1800-08-8500 (+603 5590 9077 untuk panggilan luar negara) selaras dengan usaha penaikan taraf sistem pusat panggilan mengikut standard global Scania. Melaluinya, Scania dapat mengikuti status perkembangan produk yang dijual dari pangkal ke hujung, sambil memberi maklum balas bernilai kepada pemilik kenderaan Scania. Dengan perkhidmatan istimewa ini, pelanggan Scania dapat membuat perancangan dan menyusun semula angkatan kenderaannya untuk tujuan penyelenggaraan.
Scania Malaysia juga melancarkan inisiatif Scania Fleet Management tahun lepas. Demi memberi lebih kuasa kawalan terhadap asetnya, setiap pelanggan Scania ditawarkan akses maklumat mengenai status kenderaan yang dibelinya melalui alat komunikasi. Pelanggan Scania boleh mendapat data kenderaan, posisi angkatan kenderaan dan maklumat kemas kini tentang prestasi pemanduan. Dengan data terperinci tersebut, pemilik kenderaan Scania dapat membuat keputusan bijak dalam meningkatkan produktiviti asetnya. Prestasi kenderaan dan pemandu juga boleh memperolehi penjimatan sehingga 10% dalam ekonomi bahan api jika Scania Fleet Management digabungkan dengan perkhidmatan Sokongan Pemandu, serta Sesi Latihan dan Tunjuk Ajar Pemandu Scania.
“Scania selalu mengutamakan operasi perniagaan pelanggan di seluruh rangkaian perkhidmatan kami. Mutu barisan produk dan perkhidmatannya yang luas sentiasa dipertingkatkan demi memuaskan kehendak pengguna,” kata James. “Kini dengan adanya Scania Maintenance dibawah pakej Scania Assistance dan Scania Fleet Management, Scania dapat memberikan penyelesaian yang menyeluruh kepada pelanggannya untuk mengecapi keuntungan optima.”
No Comment