Berita Auto

Penampilan Baharu Renault Fluence

Renault Fluence sedan ada grille hitamdengan logo berlian di tengah-tengah dan jalur chrome. Lampu siang LED juga terdapat pada bahagian bawah bumper depan dan terdapat dua versi yang ditawarkan untuk dijual.

Fluence ini ditawarkan dalam tahap trim Expression atau Dynamique. Spesifikasi penuh model Dynamique mempunyai kulit upholsteri berkualiti tinggi sepenuhnya, lampu siang, lampu belakang LED, dan 17-inci dua-ton rim aloi manakala versi entry-level Expression mendapat kain upholsteri (yang boleh dinaik taraf kepada kulit dengan tambahan RM4,000) dan rim 17 inci aloi perak.

WP_20150423_11_24_13_ProKedua-dua model ni berkongsi peralatan yang sama, termasuk kad akses tanpa kunci, wiper depan dengan sensor, lampu automatik, penghawa dingin dual zon,kamera belakang, stereng pelbagai-fungsi dan sistem bunyi 3D Arkamys.

Fluence tersebut itu dikuasakan oleh enjin 2.0 liter 16V 140 Renault-Nissan Alliance yang menjanakan 143 hp pada 6,000 rpm dan tork 195 Nm pada 3750 rpm. Transmisi baharu CVT X-tronic sedan besar dan luas ini mengembalikan penggunaan bahan api sebanyak 7.7 liter setiap 100 km dan emisi CO2 178 g setiap km.

WP_20150423_11_48_47_Pro

Peralatan keselamatan standard yang tinggi bagi kedua-dua varian adalah termasuk ABS dengan bantuan brek kecemasan, EBD, enam beg udara, pintu kunci automatik, sistem anti-kecurian dengan immobilizer dan dibantu kuasa stereng dengan kecondongan dan teleskop boleh dilaras.

Harga bermula dari RM108,888 (OTR tanpa insurans) bagi model Fluence Expression dan RM119,888 untuk model Fluence Dynamique. Kedua-dua variant ini dilindungi oleh jaminan pengilang selama 5 tahun yang datang dengan mileage tanpa had.

WP_20150423_11_48_33_Pro

Previous post

Audi Mengeluarkan Varian TT 1.8 TFSI

Next post

Monster Tajima Kemalangan di New Zealand

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *