Peraturan Euro 6 Memaksa G-Class Guna Turbocharged
Wolf-Dieter Kurz, Timbalan Presiden Produk Group SUVs dan Sportcar di Mercedes-Benz memberitahu sumber bahawa model G500 mereka akan menerima enjin twin-turbocharged 4 liter V8 pada akhir tahun ini. Enjin baharu ini akan menggantikan enjin 387 PS 5.5-liter V8 yang kurang efisyen yang ada pada model G500 yang ada sekarang. Unit baharu ini akan dikongsi antara AMG GT dan C63.
Pilihan enjin ini bukan saru perkara baru, kerana G500 4×4² sudah pun didedahkan Geneva Motor Show baru baru ini. Penggunaan enjin turbocharged dimestikan mengikut syarat emisi yang ketat terhadap Mercedes di Negara sendiri. Di Eropah, permohonan peraturan Euro 6 yang masih berjalan akan memaksa pembuat kereta mencari jalan lain menjual kereta mereka dengan enjin yang lebih efisyen, dan sistem turbo moden ini nampaknya mampu memberikan penyelesaian yang paling kos-efektif.
Dijangkakan maklumat penting tentang G500 bakal tiba, kerana terdapat khabar angin mengatakan model 2017 ini lebih ringan, lebar dan membawa perubahan mekanikal kepada kenderaan off-road yang mewah.
No Comment