Perodua ‘MYVI Nation, The Biggest Myvi Gathering’
Perodua mengeluarkan kenyataan kepada pemilik atau pemandu Myvi untuk berkumpul serta menyambut ulangtahun model ikonik dari Perodua di acara ‘Myvi Nation, the biggest Myvi Gtahering’ pad 24 Mei 2015.
Untuk menyertainya, pemilik dan/atau pemandu mesti mendaftar di laman web resmi Perodua www.perodua.com.my dari 21 April hingga 10 May dengan fi minimal RM50.
Peserta perlu membawa sekali kereta Myvi mereka ke acara satu hari itu untuk menerima sijil dan hadiah eksklusif bernilai lebih RM400, serta berpeluang untuk memenangi kereta khas Myvi edisi Sempena Ulangtahun ke-10.
Umum boleh menikmati tawaran istimewa, banyak permainan dan aktiviti, ayang akan diumumkan semasa acara berlangsung. Umum juga akan disajikan dengan konsert arti terkenal, persembahan bunga api, atau memlilih untuk menonton filem terbuka selepas menaiki belon udara panas.
Bagi mereka yang mahu mengetahui lebih lanjut tentang acara ini sila layari laman web Perodua. ‘Myvi 10niversary’ adalah sebahagian dari inisiatif Perodua ‘Myvi, Love of the Nation’ yang telah bermula pada bulan Disember 2014 dan akan berakhir pada Disember 2015. Perodua Myvi adalah model paling laris dalam Negara ini sejak ianya dilancarkan pada 25 May 2005, dengan lebih 830,000 unit berada di jalan setakat ini.
No Comment