Porsche Dedahkan Dua Versi Baharu Panamera
Versi khas baharu Porsch Panamera sport sedan mengembangkan rangkaian model peralatan standard. Dua model ini dengan enjin berkuasa tinggi enam-silinder akan ditawarkan: Edisi Panamera dan Edisi 4 Panamera. Kedua-duanya datang dengan enjin yang menghasilkan 310hp. Edisi Panamera 4 menampilkan pemanduan aktif 4 pacuan dengan kawalan secara elektronik, kluc multi-plate kawalan-peta.
Rekabentuk luar model Edisi Panamera memperlihatkan tona rekaan halus, termasuk jalur trim warna hitam high-gloss pada tingkap sisi. Roda aloi 19-inci yang standard pada rekaan Panamera Turbo II menampilkan cap tengah roda dengan lambang warna Porsche. Pemegang pintu disudahkan dengan warna luar badan dengan Porsche Entry & Drive sebagai pilihan.
Edisi Panamera juga menampilkan dua-tona warna standard untuk ruang dalam iaitu Hitam/Luxor Beige dengan lambang Porsche dicetak pada semua head rest, rekaan sporti pada stereng, plate ambang pintu dengan huruf ‘Edidi’, dan tempat letak kaki khas. Sistem standard Porsche Communication Management (PCM) dengan tujuh-inci skrin sesentuh menggabungkan keupayaan audio, navigasi dan komunikasi.
Tambahan pada ciri-ciri standard teknikal untuk model Edisi Panamera termasuk Porsche Active Suspension Management (PASM), lampu depan Bi-Xenon dengan Porsche Dynamic Light System (PDLS), Park Assist untuk depan dan belakang termasuk kamera untuk mengundur dan Power Steering Plus. Model di U.S. dilengkapi dengan kerusi 14-cara pada bahagian depan yang selesa, termasuk pakej memori yang selesa, dan juga kerusi pemanas pada depan dan belakang.
Edisi Panamera akan berada dijasaran U.S. dalam bulan Jun. Harga Edisi Panamera bermula dari US$80,000 dan MSRP US$84,8300 telah ditetapkan untuk Edisi Panamera 4.
No Comment