Proton, Lotus Group Dan Goldstar Tandatangani Perjanjian Usahasama
Proton Holdings Berhad (“PROTON”) syarikat induk Lotus Group, mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani satu Perjanjian Usahasama dengan Lotus Group International Limited, United Kingdom (“Lotus Group”) dan Goldstar Heavy Industrial Co. Ltd. (“Goldstar”) untuk pengembangan perniagaan kereta Lotus dalam negara China. Kerjasama ini bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan kereta Lotus dalam segmen premium sport di China, selain memanfaatkan insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Wilayah Fujian. PROTON dan Lotus Group adalah anak syarikat
Pengerusi PROTON dan bekas Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak PROTON, dan disaksikan oleh Dato’ Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON. Bagi pihak Lotus Group pula ianya diwakili oleh Encik Jean-Marc Gales, Ketua Pegawai Eksekutif dan disaksikan oleh Encik Rohime Shafie, Pengarah Lotus Group dan Ketua Pegawai Kewangan PROTON. Manakal bagi pihak Goldstar pula diwakili oleh Encik Zheng Qianghui, yang merupakan Pengerusi Goldstar dan disaksikan oleh Encik Zhai Wenliang, Presiden Goldstar.
Dato’ Abdul Harith Abdullah berkata, “Perjanjian Usahasama ini akan melihat penubuhan syarikat usaha sama baru bagi tujuan menjalani penyelidikan dan aktiviti pembangunan (R&D) dalam penggunaan teknologi yang termaju dan efisyen. Syarikat usahasama ini akan menghasilkan dan menjual kereta penumpang jenama Lotus selain menyediakan perkhidmatan jualan yang berkaitan dengan produk-produk mereka di China.
“Pasaran automotif di China adalah yang terbesar di dunia pada hari ini dan ianya masih lagi membangun, oleh itu adalah sangat wajar untuk syarikat ikonik seperti Lotus dibina untuk menceburi dan berkemungkinan untuk mengembangkan, usaha ke dalam pasaran dan mencari peluang yang ada, berdasarkan minat yang ditunjukkan oleh banyak permintaan yang diterima setakat ini. Ia adalah amat sukar untuk mengabaikan pasaran dan Lotus akan mengisi ruang dalam menyediakan alternatif gaya hidup kepada permintaan masyarakat mewah dan pasaran masyarakat tempatan , “jelas Dato’ Harith.
“Pada 7 April 2015, Lotus telah mengumumkan peningkatan dalam jualan kereta kepada 55% bagi tahun kewangan 2014/15, berbanding dengan tahun sebelumnya dengan 36 pengedar baru dilantik dalam tempoh 2014/15. Dan China telah muncul sebagai pasaran utama eksport Lotus dan ia dijangka berkembang dengan lebih cepat. Lotus Group amat teruja dengan peluang baru daripada usahasama ini,” ulas Jean-Marc Gales lagi .
Lotus akan terus mengeluarkan pelbagai kereta sport Lotus model terbaharunya seperti (Evora, Exige dan Elise) secara eksklusif di Ibu Pejabat di Hethel, England.
No Comment