Sejarah Ringkas Toyota Motorsport GmbH
Toyota telah mengumumkan Toyota Yaris akan mula kembali menyertai WRC dan berharap untuk mengembalikan sejarah Toyota di dalam pertandingan yang kompetitif. Semua orang tahu TRD atau Toyota Racing Development, adalah pusat utama perkembangan arena permotoran Toyota. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa TMG atau Toyota Motorsport GmbH, memegang bahagian yang lebih besar dalam perkembangan arena permotoran Toyota European.
Mereka bekerja secara senyap-senyap selama beberapa tahun. Sejarah perlumbaan mereka bermula sejak generasi Toyota Celica TA22, berterusan sehingga yang terakhirnya adalah Celica GT4. Kontroversi melanggar peraturan FiA dan telah memaksa Toyota bersara dari perlumbaan ditambah dengan masalah ekonomi yang lembab.
Tetapi sama seperti Audi yang telah meninggalkan dunia rally, Toyota beralihkepada pelbagai sukan permotoran yang lain. Mereka memasuki trek lumba dan penjelajahan kereta, dan akhirnya mereka bekerja keras hingga menbangunkan kereta prototaip Le Mans dan F1. Mereka membangunkan sejumlah prototaip dimana tidak akan dikeluarkan atau dilihat tetapi ianya tetap dibuat. Sementara itu, TRD mendapat perhatian hebat seluruh dunia, TMG adalah pesaing kuat setanding dengannya dan sama relevan.
Cukup untuk diperkatakan, ramai yang tertunggu-tunggu untuk melihat bagaimana pretasi Yaris WRC baru di pentas dunia. Tetapi sebelum itu, perlulah tahu serba sedikit sejarah tentangnya. Kelengkapan asas dari UK, XCAR menghasilkan liputan yang bagus mengenai perincian sejarah TMG dan koleksi kereta rahsia mereka. Sila lihat dibawah.
No Comment