Berita Auto

Shell Debarkan Hati Pemandu Scuderia Ferrari Di Litar Lumba.

Pemandu Scuderia Ferrari, Sebastian Vettel dan Esteban Gutiérrez “memecut” untuk Grand Prix Malaysia hujung minggu lalu dengan memandu Ferrari California T sebagai sebahagian daripada Shell V-Power: Eksperimen Sains Keseronokkan Pemanduan untuk mengukur keseronokkan semasa memandu.

Eksperimen Shell yang berlangsung di Sepang Kuala Lumpur, Malaysia yang melibatkan Juara Dunia Formula One™ Empat Kali – Scuderia Ferrari Sebastian Vettel, pemandu ketiga Scuderia Ferrari – Esteban Gutiérrez , dan setiap hari mereka akan dilengkapi dengan monitor biometrik sebelum memandu yang dikuasakan oleh Shell V-Power. Pemandu uji Scuderia Ferrari – Marc Gene juga turut menawarkan kepakaran memandu untuk eksperimen tersebut.

Sewaktu berangkat ke Litar Antarabangsa Sepang untuk mempersiapkan diri dalam perlumbaan yang akan dilangsungkan pada hari minggu yang lepas, Vettel ada menyatakan bahawa hatinya masih berdebar-debar semasa berlumba diluar mahupun di litar lumba.

FerrariCaliforniaTdriftsaroundthetrack

“Saya masih suka dengan perasaan dan rasa sensasi semasa memandu. Ternyata, kereta yang lebih baik, lebih baiklah pencapaiannya. Jadi, anda bertuah jika anda memandu sebuah Ferrari. Mereka membuat kereta yang terbaik”, jelas Vettel.

Bahan bakar juga penting. Shell V-Power yang digunakan dalam kereta saya adalah sama dengan Shell V-Power yang anda atau saya boleh beli untuk memandu dijalan raya.

Dari segi pemanduan, Vettel sangat teruja bila dia bercakap tentang minatnya untuk memandu samada di jalan raya atau di litar. “Bila saya keluar daripada litar lumba, saya masih lagi penuh semangat sewaktu memandu pulang ke rumah dan saya rasa tak boleh tidur malam.

Mae Ascan, Saintis Shell Fuels dari Malaysia menambah: “Shell percaya bahawa pemanduan yang bagus perlukan bahan bakar yang baik dan sebab itu kami mempunyai Perkongsian Teknikal yang kuat dengan Scuedria Ferrari. Kami pasti kami akan memajukan bahan api Shell V-Power Gasoline dan Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus secara berterusan, membuatkan pengalaman pemanduan di jalanraya semakin bagus tak kiralah siapa anda.

StartlightsilluminateatShellV-PowerTheScienceofDrivingExcitement

 

Previous post

Mitsubishi Perkenalkan Buat Pertama Kali rekaan Baharu untuk Outlander 2016

Next post

Mazda 2 Sedan Tidak kurang hebatnya.

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *