Ujian Bagi Projek Rolls Royce Cullinan SUV Bermula
Rolls-Royce sudah lama membangunkan sebuah SUV dan sekarang mereka menggelarkannya sebagai ‘Projek Cullinan’. Hari ini syarikat tersebut telah menyiarkan foto-foto yang menggambarkan tentang kejayaan program pembangunan kereta ini. Foto-foto tersebut menunjukkan kejuruteraan prototaip pertama, dimana boleh disaksikan oleh orang ramai minggu ini.
Pada Febuari awal tahun ini, Rolls Royce Motor Car memberitahu bahawa di awal pembinaan prototaip ini, ianya berdasarkan kepada badan kereta Phanton Series 11 yang mana ianya telah dipendekkan, asalnya direka sebagai perkembangan awal untuk mengawal sebuah sistem suspensi penggerak empat roda. Seperti yang dikatakan oleh syarikat ianya “Mudah…Dimana-mana”. Saiz badan kereta seperti saiz kereta baharu, tetapi tidak menampilkan aspek rekaan high-sided dan all-terrain.
Proses pengulangan pemanduan suspensi baru ini yang akan membantu jurutera Rolls-Royce dalam memperkembangkan sistem pandu suspensi empat roda yang memberikan lambang pemanduan Rolls-Royce, “magic-carpet” bukan sahaja di jalanraya malah diluar jalan.
Siri ujian pertama akan memfokuskan pada gerak geri atas jalan melalui ‘Projek Cullinan” dari kuasa suspensi kepada kestabilan tinggi struktur badan kereta, dan akan menguji suspensi baharu ini pada semua jenis spesifikasi muka jalan antarabangsa di fasiliti ujian, dan juga jalanraya umum. Ujian ke atas muka jalan termasuk: Belgian Pave, jalan berbatu, konkrit beralun, pembangunan kebisingan dan ukuran muka jalan, jalan resonans, dan pecutan bonggol.
No Comment