Volkswagen Scirocco GTS Didedahkan di Shanghai
Lambang GTS yang telah wujud sejak dari 1982, menjadi varian yang mensasarkan untuk merapatkan jurang antara Scirocco dan Golf GTI, dengan tambahan kehalusan GT. Sudah tentunya hal ini telah menjadi kurang relevan dengan generasi Scirocco ini kerana versi 2.0TSI pada dasarnya berkongsi asas dengan Golf GTI. Dan tentunya pengenalan varian R yang lebih ekstrem telah menjadikan GTI sedikit bosan jika nak dibandingkan.
Namun begitu, lambang GTS masih mempunyai nilainya dalam rangkaian Scirocco. Ianya lebih dari rangkaian kuasa: sebuah ikon tersendiri dan satu penghormatan kepada model ini. Selain dari wajah baru pada bumper dan lampu, model GTS menerima roda 18 inci dan reka dalaman mengikut spesifikasi GTS: headliner hitam, kerusi jahitan GTS, panel insert hitam lacquer, jahitan kontras, trim krom, dan lambang GTS pada sil adalah antara sentuhan kecil yang memberikan penampilan unik untuk GTS. Selain itu, yang baru dalam GTS adalah generasi kedua sistem modular infortainmen.
No Comment