Volkswagen Umumkan Golf R420 untuk Tahun 2016
Mungkin Mercedes AMG bertindak terlalu awal. Kedudukan A45 AMG sebagai hac yang paling berkuasa kemungkinan bakal tergugat dengan kehadiran konsep Golf R400 yang telah rancang beberapa lalu, tetapi kini sudah pun mendapat lampu hijau untuk masuk produksi. Dikatakan bahawa model untuk produksi ini akan didedahkan dalam bulan September di Frankfurt Motor Show, dan penghantaran akan bermula pada akhir 2015 dan sepanjang 2016.
Kenapa Volkswagen meluluskan model yang begitu berkuasa tinggi ini? Ini kerana pemikiran ini sudah tersemat dalam syarikat ini sejak produksi varian R32 Golf: Ianya untuk membuktikan bahawa mereka mampu menghasilkan Golf yang sangat berkuasa tinggi. Evolusi model R ini sentiasa mengekalkan Golf dihadapan pesaingnya dari segi prestasi, tetapi telah terbantut dengan kehadiran model A45 AMG yang dibawa oleh Mercedes sebagai hac berprestasi tinggi.
Model untuk produksi ini dikatakan akan menjadi R420, untuk 420 kuasa kuda, yang akan memberi lebih kuasa dari yang dijangkakan pada awalnya. Pemanduan 4 pacuan roda via 4Motion telah dijangka, tetapi ia sepatutnya menjadi model yang merapatkan jarak antara hot hac dan kereta sport yang betul. Sebagai perbandingan, Porsche 911 C2S menghasilkan 400 bhp.
Dari segi penggayaan, seperti modal berprestasi Golf lain, ianya tidak akan terlalu menonjol seperti A45 AMG yang lebih agresif. Beberapa elemen aerodynamic dibeberapa bahagian akan memberinya sedikit citarasa tersendiri, tetapi dari segi keseluruhan saiz kelebaran dan footprint akan kekal dengan saiznya. Dari segi dinamiknya ianya patut diberi lebih agresif dari Glof R.
Adakah model in akan tiba di Malaysia? Sukar untuk dijangkakan, tetapi minat Volkswagen Group Malaysia untuk memberikan sebahagian besar dari rangkaian Volkswagen untuk pengguna Malaysia memberi harapan. Harga model ini mungkin lebih RM300,000, tetapi ianya hanyalah jumlah yang kecil untuk membayar prestasi yang diberikan. Dan tambah berbaloi dengan twin central tailpipes yang diberikan.
No Comment