VW Tunjukkan Konsep Beetle 2016
Volkswagen yang ikonik telah diwakili varian dua coupe yang unik dan dua versi cabrio. Yang pertama dipanggil Konsep R-Line dan Edisi Pink, manakala versi bumbung terbuka adalah Cabriolet Denim dan Wave.
Bagi kaum wanita, tidak ada alasan lagi untuk tidak memilikki sebuah Beetle kerana Volkswagen juga telah mengeluarkan Edisi Beetle Pink dalam skim cat ‘Fuschine Metallic’. Ianya sangat bergaya dan comel. Disebalik jangkaan yang mengatakan reka dalaman akan diberi warna yang sama, ianya mempunyai elemen dalam warna hitam, krom dan aluminium.
Konsep R-Line yang telah menjadikan Beetle sebuah kereta yang memberikan gaya sporti. Ia dipacukan oleh enjin 2.0 liter TSI yang menghasilkan 220hp (162 kW). Model ini dicat dengan warna ‘Oryx White Pearl Effect’, dan bukan itu saja yang boleh dibanggakan. Terdapat juga independent bumper dan panel badan disaluti dengan warna hitam. Warna hitam juga menjadi pilihan untuk difuser dan spoiler belakang yang besar. Gaya sporti diteruskan dalam reka dalaman melalui kerusi bucket sport dan karbon-kulit. Maklumat lanjut akan menyusul tidak lama lagi.
No Comment