Gaya Hidup / Lifestyle

Francois Michelin Meninggal Dunia 29 April 2015

Francois Michelin, cucu kepada pengasas dan ketua pembuat tayar Perancis Michelin & Cie selama setengah abad, telah meninggal dunia pada usia 88. Di bawah kepimpinan Michelin ini, pengilang berusia 126 tahun mengembangkan operasi globalnya, terutama di Amerika Syarikat, membuka 25 kilang-kilang di luar Perancis dari 1960 sehingga 1979.

Screen Shot 2015-05-05 at 12.13.10 AM

Kejayaan tayar radialnya yang dipanggil Michelin X, adalah penting dalam meningkatkan pendapatan di luar Eropah dan telah membantu syarikat itu menjadi pembuat tayar terbesar di rantau ini. Dia menerajui pembuat tayar ini dari 1955 sehingga ke 2002.

Michelin juga mengambil keputusan strategik, pada tahun 1976, untuk menarik diri daripada perniagaan kereta dengan menjual pembuat kereta Perancis Citroen kepada Peugeot SA. Penggabungan ini membawa kepada penciptaan PSA / Peugeot-Citroen. Dia membuat keputusan untuk membeli Uniroyal Goodrich Tire Co. pada tahun 1990 bagi mengukuhkan kedudukan syarikat itu di Amerika. Michelin & Cie juga penerbit panduan restoran dan hotel.

FrancoisMichelin1

 

 

 

 

Previous post

ABT Memodifikasikan Audi S6 Avant

Next post

Spyshot Mendedahkan Hilux 2016 Luar dan Dalam

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *