Gaya Hidup / Lifestyle

Aston Martin Lantik CFO Baharu

Berikutan dengan penurunan capital baru baru ini, Aston Martin telah melantik Mark Wilson sebagai CFO yang baharu.  Akan memulakan tugas pada 8 Jun, Isnin, Wilson akan berurusan secara langsung dengan CEO Aston Martin, Dr. Andy Palmer dan mengambil tempat dalam lembaga eksekutif di ibu pejabat syarikat di Gaydon, Warwickshire.

Dengan rekod prestasi yang kukuh dalam pengalaman automotif dengan Maclaren Automotive dan Lotus Cars Ltd, Wilson akan bertugas dengan pembuat kereta sport mewah British ini dari ‘renewable energy insurer G-Cube Underwriting’ dimana beliau memegang posisi sebagai pegawai CFO.

aston2-600x399

Sebagai sambutan kedatangan Wilson dalam tim mereka, Dr. Palmer berkata: “ Mark bersama kami pada saat yang menerujakan dalam Aston Martin.  Kami kini sedang melaksanakan rancangan pelaburan paling besar dalam sejarah syarikat kami yang akan menyaksikan pembuatan semula portfolio produk kami secara total.  Pada akhir dekad ini, bukan saja rangkaian yang sedia ada sekarang akan digantikan kesemuanya, kami juga akan menambah hingga 3 model tambahan dan memasukki segmen baru pasaran.

“Dengan proses pembuatan semula produk, pembangunan segmen dan tambahan pasaran diteruskan, saya yakin kami akan mendapat faedah dari pengalaman automotif yang luas dari Wilson, skil pengurusan kewangan beliau yang menumpukan dalam seliaan ketat kawalan kos dan keupayaan beliau mencipta kejayaan dengan pelbagai pelabur yang telah terbukti.”

Tambah beliau lagi: “Saya amat berharap untuk bekerjasama dengan beliau dalam rancangan pembangunan Abad ke-2 ini.”

Aston-Rapide-4

Previous post

Mercedes-Benz Bina Fasiliti Ujian Pelanggaran Termaju di Dunia

Next post

Mitsubishi Triton Serba Baharu Dilancarkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *