Audi Cuba Lounge Baru Untuk Kilang Mereka
Dalam mengejar kecekapan produksi, kebanyakan syarikat melabur dalam proses yang kompleks dan robotic baharu, membelanjakan banyak wang untuk menyelesaikan masalah kelajuan dan kecekapan. Tapi akhirya, komponen paling penting adalah pekerja kilang itu sendiri, dan pada masa dulu, kebajikan pekerja ini sering tidak diendahkan. Hanya syarikat tertentu seperti Toyota lebih bertimbang rasa terhadap pekerjanya, tetapi lebih kepada sebab kawalan kualiti sebenarnya.
Mungkin tradisi baru yang dilakukan oleh syarikat seperti Google, Says dan Groupon yang telah mula menjalar pada industri lain. Idea untuk keselesaan pekerja ini telah menjadi keutamaan tinggi untuk syarikat lalu muncul berbagai idea seperti pelan pejabat terbuka dan aktiviti rekreasi, walaupun perkara sebeni selalunya dapat dibuat mengikut peringkat kejayaan yang pelbagai.
Bersempena dengan Universiti Rosenheim of Applied Sciences, Audi telah mula melaksanakan rekaan semula lounge dan tempat rehat di fasiliti produksi mereka di Inglostadt dan Neckarsulm. Ruang baharu yang direka semula ini dibuat untuk membaiki kepentingan kebajikan pekerja dan mengurangkan masa. Unit ini dibina seperti modular dan fleksibel, membolehkan konfigurasi berbagai dengan komponen dan bahan yang pelbagai.
Kalau dulu boleh dilihat pekerja kolar biru berkumpulan keluar dari kilang untuk waktu makan tengahari, kini tidak lagi. Pekerja di fasiliti produksi beroprasi dalam unit kecil, lebih cekap dan khusus. Perpaduan adalah kuncinya dan mungkin Audi telah menjumpainya.
No Comment