Audi Meningkatkan Pemetaan GPS Bagi Tujuan Pemanduan Tanpa Pemandu
Kita semua tahu Audi mengambil langkah besar ke arah menjadikan pemanduan automatik sebagai kenyataan. Kami melihat syarikat-syarikat lain cuba untuk mengikuti, tetapi Audi adalah pengeluar automotif yang pertama yang benar-benar menyokong projek seperti ini. Mereka membuktikan bahawa kenderaan automatik boleh berfungsi pada litar lumba, dengan kereta A7/RS7tanpa pemandu ini telah membawa wartawan melalui satu pengalaman mencabar tetapi menarik.
Tetapi itu hanya separuh daripada cerita. Sistem yang terlibat dalam kereta automatik bergantung kepada pemetaan dengan sensor periferi untuk membekalkan maklumat tambahan. Kecuali peta ukur tanah, kami hanya pernah melihat peta dalam 2 dimensi, dari atas ke bawah. Tetapi Audi telah berusaha untuk membangunkan maklumat ketinggian dan juga yang ditambah kepada peta untuk menghasilkan peta 3D yang boleh ditafsirkan oleh sistem.
Sebagai pemandu, data peningkatan digunakan untuk memaksimumkan kecekapan pemanduan. Ramalan pembantu kecekapan dalam kereta seperti Q7 baharu bertujuan untuk mengoptimumkan penggearan untuk kecerunan bagi menghasilkan kecekapan bahan api yang terbaik. Tetapi berlainan pula dengan computer, ianya akan menentukan bagaimana jalanraya yang berbelok-belok dan bagaimana perubahan pada jalanraya dalam kecerunan dan ketinggian untuk menyediakan rangkaiankuasa yang baik.
No Comment