Audi Sambut Ketibaan RS3 Sportback Baharu Seluruh Dunia
Kebanyakan pengiklanan kereta sekarang ini dilihat agak biasa saja. Kadang-kadang saja kita dapat lihat iklan yang lain dari yang lain, seperti iklan komersial Volkswagen yang dimainkan semasa Superbowl beberapa tahun lalu, juga video dari Mazda yang menunjukkan tradisi dan semangat melalui Jinba Ittai.
Tapi sekali sekala, akan muncul yang pelik, dimana akan membuatkan anda tertanya-tanya samada pengeluar otomotif itu buat yang betul atau tidak. Dalam video ini, kita melihat ‘kelahiran’ Audi RS3 Sportback, yang nampak hebat, berasaskan platform MQB. Dari segi citarasa ianya adalah Golf R dengan enjin berbeza dan lebih berkuasa.
Kami faham mesej yang nak disampaikan” Semua Audi mempunyai hubungan dengan kereta halo, R8, samada pertukaran gear atau gaya rekaannya. Tetapi menonton model RS3 keluar dari belakang model R8 dengan gaya ‘Alien’ sepenuhnya adalah sesuatu yang kita tak boleh nak terima.
Amaran ianya agak ewwww!
No Comment