Audi TT Serba Baharu Dilancarkan di Malaysia
Model TT yang kini dalam generasi ke-3, telah pergi jauh sejak kemunculannya pada tahun 1995 di Frankfurt Motor Show, dan pada masa itu filosofi rekaannya lebih melengkung.
Melihat pada TT baharu ini, mudah untuk melihat persamaannya, tetapi ternyata banyak elemen moden yang digunakan oleh Audi. Kini ianya lebih menampakkan sebuah kereta futuristik.
Ianya juga mengambil ciri-ciri model R8, terutamanya pada bahagian depan, yang didominasikan oleh garisan mendatar dan gril singleframe yang besar.
Sebaik saja anda duduk di dalamnya, anda akan perasan model TT ini tidak mempunyai speedometer mahupun tolok yang lain. Sebaliknya, pemandu diberikan Audi Virtual Cockpit. Tidak ada unit media atau skrin sesentuh pada konsol pusat, hanya skrin LCD resolusi tinggi 12.3” yang boleh disesuaikan dengan pilihan pemandu.
Audi telah mengambil pendekatan ‘driver-first’ secara lanjut dengan memastikan kesemua Multi-Media Interface dan kawalan Navigasi boleh digunakan melalui stereng. Sistem built-in ini boleh menerima arahan suara seperti ‘bawa saya ke stesyen minyak terdekat’, menjadikan kawalan suara pilihan baik untuk digunakan semasa memandu.
Bahagian yang paling penting dari TT adalah prestasinya.
Versi TT yang dijual di sini akan mendapat enjin TFSI 2.0 liter, enjin petrol direct injection dengan turbocharging dan sistem valvelift proprietary. Unit yang sangat berkuasa yang mampu menghasilkan 230 kuasa kuda dan tork 370 Nm, yang memberikan pecutan dari 0-100km/j dalam masa hanya 5.9 saat dan had elektronik 250km/j. Dengan kuasa yang dicapai ini, ianya masih mampu mencapai rating penggunaan bahan api yang ekonomi, 6.3L/100km. Ini adalah angka yang didapati pada kereta hatchback kecil.
Harga Audi TT bermula dari RM284,900.00 di atas jalan tetapi terdapat bonus tambahan yang boleh dipilih, seperti rim aloi 19” atau lampu depan Matrix LED.
No Comment