Demi Pencapaian Kestabilan: 20 Tahun ESP Bersama Mercedes-Benz
Pada hari ini kita sudah mula melihat beberapa bentuk kawalan kestabilan elektronik dalam kebanyakan kereta untuk dijual. Dari perisian yang awalnya hanya untuk kereta-kereta tertentu sahaja, namun ia telah meliputi model-model yang memasuki pasaran dengan perisian ini menjadi keperluan penting seperti mana ABS dan beg udara yang mencerminkan keselamatan. Secara peribadi, saya menyokong pembelajaran pengendalian kereta tanpa perkakasan begini, sungguhpun dengan majoriti besar di dalam populasi telah menjadikan sistem ini sebagai jaring keselamatan.
Sistem ini telah mula diperkenalkan oleh Mercedes-Benz, daripada 20 tahun yang lalu. Ia datang kira-kira selepas seorang jurutera ujian telah mengalami kemalangan apabila dia skidded merentasi ais, dan dari situ beliau merasakan bahawa situasi ini boleh dielakkan dengan beberapa intervensi mekanikal. Ianya kebetulan berlaku biladia telah dipindahkan ke bahagian elektronik dari pembangunan enjin, memberikannya akses kepada beberapa sistem yang lebih penting yang terdapat di ESP.
Sedikit sebanyak ABS bergantung pada sensor kelajuan roda untuk menentukan bila roda harus dikunci. ESP juga bergantung kepada sensor roda. Tetapi apabila konvensyen mempunyai satu sensor roda hadapan dan satu di belakang, ESP memerlukan keempat-empat bacaan kelajuan secara individu untuk sistem berfungsi secara baik. Hampir sama dengan penggunaan brek elektronik yang memerlukan keempat-empat roda.
Sistem ini beroperasi mengikut negeri mana kereta ini berada. Sama ada kurang pembelokan, neutral, lebihan pembelokan. Konsep asasnya boleh jadi tayar hadapan kehilangan cengkaman, semua tayar ‘maintaining contact’ dan roda belakang kehilangan grip. Bagaimana ESP berfungsi? Ia memperlahankan roda untuk mengekalkan cengkaman (seandainya tayar roda depan berpusing), dan ia juga kan membrek rodanya secara spesifik untuk menghasilkan waktu pusingan lantas membawa kereta berpatah balik pada kedudukannya.
Dari aspek teknikal dan fizikal sistem ini agak sukar untuk dijelaskan dalam artikel yang pendek, tetapi intipatinya adalah ini: Mercedes Benz telah membangunkan bentuk terawal sistem kawalan kestabilan elektronik dan melalui 2 dekad setiap pengeluar telah mengikuti prinsip yang sama untuk mencapai pelbagai kejayaan. Tetapi ia tidak menjadi tahap 3 pointed star dan tepuk dada tanyalah selera sama ada anda percaya ESP ini satu kemestian atau tidak.
No Comment