Gaya Hidup / Lifestyle

Di Bahagian Mana Kereta Anda Yang Sering Diabaikan Bila Dihantar Servis?

JAWAPAN: Kebanyakkan pemilik kereta baru menjadualkan servis untuk kereta mereka dan pengedar yang akan membuat apa yang perlu kerana kereta tersebut masih bawah jaminan. Namun jika jaminan tersebut berakhir, pemilik kereta lebih cenderung untuk pergi ke bengkel-bengkel berdekatan yang telah disyorkan oleh keluarga dan kawan-kawan dan disini adalah dimana mereka memilih untuk mengabaikan beberapa perkara penting yang perlu diperiksa.

Perkara pertama yang selalu diabaikan adalah bateri kereta dimana pada tahun-tahun kebelakangan ini jangka hayatnya telah dikurangkan daripada 24 bulan kepada 16 bulan. Anda sendiri juga perlu periksa tayar ganti dan pastikan ia mempunyai cukup udara dan dibahagian sisinya tidak pecah. Anda mesti tak mahu tersangkut ditepi jalan dengan tayar bocor dan tanpa tayar ganti.

Periksa juga toolkit dan pastikan ianya sentiasa ada dan masih boleh dipakai. Ramai pemilik kereta apabila menghantar kereta mereka untuk dicat, toolkit dalam kereta mereka hilang. Semasa anda memeriksa boot kereta, keluarkan barang-barang yang tak diperlukan dan yang memberatkan kereta anda. (surat khabar lama, botoil air kosong, selipar, floor mat yang dah koyak, dsbg)

Sangat penting dan sering dilupakan adalah untuk memeriksa brake discs and pads untuk memastikan ianya masih bersedia untuk berhenti dalam keadaan kecemasan dan masih berfungsi. Anda mesti tak mahu langgar tembok ataupun melanggar belakang kereta orang.

Bagi kereta dengan kotak gear automatik, sila periksa minyak kotak gear/transmisi. Ianya sering dilupakan dan satu kesilapan yang boleh merugikan disebabkan kesesakan jalan raya dibandar, ianya boleh memanaskan kotak gear.

Akhir sekali, sila periksa sistem penyejukkan kereta (dari kipas ke radiator serta thermostat). Enjin yang overheated boleh menyebabkan kos pembaikkan yang mahal.

Jika kesemua perkara ini rosak semasa pemanduan, kos untuk memperbaiki bukanlah murah, dan juga ianya boleh membahayakan anda. Panduan selamat dan pantas minggu yang akan datang.

nissanxtrail-5

 

 

Previous post

 ‘E-Benzin’ Oleh Audi Melihat Pengeluaran Sumber Bahan Api Alternatif

Next post

Permainan Dalam Talian Michelin ‘THE RIGHT 2 RACE’ Kembali Lagi!

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *