Berita Auto

Fiat Memperkenalkan Model Baharu Bagi Segmen Kompak Utama

Fiat baru sahaja memperkenalkan model pertama  dalam segmen kereta keluarga kompak baharu – iaitu Aegea sedan. Kereta ini akan keluar di pasaran di Turki bermula bulan November diikuti oleh 40 buat negara termasuk Eropah, Timur Tengah dan Afrika. Fiat juga akan membuat varian hatchback dan station wagon bagi Aegea, memberikan jenama ini barisan yang baru dalam segmen kompak utama, yang kedua terbesar di Eropah selepas jualan subkompak.

Kemunculan pertama sedan Aegea pada minggu ini di pameran auto Istambul. Kesemua tiga varian Aegea akan dibina di kilang Tofas, satu usahasama dengan Fiat di Turki.

fiat-aegea-2015_3

Kompak-kompak yang baru, yang mana menggantikan sedan Linea dan hatchback Bravo, tidak akan dipanggil Aegea. Jurucakap Fiat berkata Aegea adalah satu nama projek. Ianya memberi penghormatan kepada Turki dan “mewakili simbolik jambatan antara Timur dan Barat,” Fiat menjelaskan. Aegean Sea terletak di antara Turki dan Greece. Nama bagi model ini akan diumumkan pada musim luruh, bersama dengan butiran komersial yang seterusnya, kata Fiat. Kereta tersebut akan diletakkan di platform kecil Fiat yang juga underpins minivan Fiat 500L dan crossover 500X, begitu juga dengan Jeep Renegade.

Varian sedan akan menggantikan Linea dan akan bersaing dengan kereta seperti Peugeot 301 dan Skoda Rapid di timur Eropah dan Turki yang mana adalh tempat yang laing popular dengan sedan. Varian hatchback akan menggantikan Bravo dan dijual terutamanya di Eropah barat dan segmen yang didahului oleh Volkswagen Golf.

fiat-aegea-2015_4

Pada 4.5 meter panjang, Aegea sedikit lebih panjang dan lebih luas daripada Linea. Fiat berkata, kereta three-box akan menggabungkan gaya Itali dengan “penggunaan ruang yang efisyen.” Sedan ini akan ditawarkan dengan dua petrol dan dua diesel enjin dengan transmisi manual atau automatik dan dengan penilaian kuasa antara 95 hp dan 120 hp. Diesel adalah bahan api yang paling efisyen  yang mempunyai bahan api ekonomi yang kurang daripada 4 liter  bahan api bagi setiap 100km, setanding dengan kereta mini Fiat Panda, kata Fiat.

Peralatannya termasuklah sistem hiburan dengan skrin sentuh 5 inci warna, Bluetooth, streaming audio, pembaca teks dan pengecaman suara sebagai standard dan pilihan kamera belakang untuk meletak kenderaan. Fiat berkata sedan ini mempunyai ruang yang cukup dan lapang untuk menampung lima orang dewasa dengan selesa dan kapasiti bagasi 510 liter. Aegea hatchback Bravo penggantian akan dilancarkan pada tahun depan. Fiat tidak memberitahu tarikh pelancaran bagi wagon. Fiat tidak menjual wagon di Eropah sejak Stilo Multiwagon telah diberhentikan pada tahun 2008.

fiat-aegea-2015_1

Fiat tidak menyatakan berapa unit rangkaian kompak baru yang akan dibina. Pada November tahun lepas, Tofas berkata ianya akan membina gabungan 700,000 unit rangkaian keseluruhan kitar hayat kenderaan sehingga 2023 terutamanya untuk dieksport.

 

 

Previous post

Mercedes-Benz Malaysia mendahului carta

Next post

BMW Generasi Ketiga 6 Series Diperkenalkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *