Gaya Hidup / Lifestyle

Google Teruskan Ujian Kereta Pandu-Sendiri

Google telah merangsang minat awam yang kuat dalam kereta pandu-sendiri sejak ia mula menguji kenderaan mereka enam tahun lalu di jalanraya dan lebuh raya di sekitar ibu pejabatnya, di Silicon Valley.  Rangkaian kereta mereka, yang dipandu oleh pemandu terlatih sekiranya berlaku perkara yang tidak dingini, kini bergerak 16,000km setiap minggu dalam mod pandu-sendiri.

google-self-driving-car4

Kereta pandu-sendiri Google telah melalui 11 kemalangan tetapi bukan disebabkan olehnya sepanjang 6 tahun lepas sejak projek bermula. Sekumpulan pemandu yang menguji lebih 20 buah kenderaan telah memandu 2.7 juta km (1.7 juta batu) setakat ini.  Tidak pernah sekalipun kereta pandu-sendiri ini penyebab kepada kemalangan, sebaliknya kereta ini pula yang dilanggar di belakang beberapa kali, kebanyakkannya berdekatan lampu trafik, dengan majority kemalangan berlaku di jalan bandar dari lebuhraya.

google-self-driving-car3

Maklumbalas Google tentang laporan kemalangan yang berlaku menunjukkan cabaran utama yang dihadapi oleh gergasi teknologi di Silicon Valley ini kerana mengejar pembekal seperti Delphi dan Bosch dan pembikin kereta seperti Audi, Mercedes-Benz dan Nissan untuk membnagunkan kereta pandu-sendiri.  Kereta pandu-sendiri dilihat berpotensi untuk lebih selamat dari pemandu kerana tidak mabuk atau tertidur semasa memandu atau menggunakan telefon pintar yang sangat digemari oleh pemandu ketika ini. Namun ianya mungkin masih tidak cukup untuk lebih selamat dari manusia yang memandunya.  Kereta berkawalan computer mungkin perlu cukup sempurna untuk umum menerimanya.

Google berkata meneruskan ujian kereta ini di jalanraya umum adalah penting untuk misi ini.  Keadaan sebenar kemalangan dalam ujian Google masih kekal tidak jelas.  Dua dari empat kemalangan yang dilaporkan di Jabatan Kenderaan Motor California sejak September lalu berlaku dengan kereta dalam mod pandu-sendiri.  Dua lagi berlaku semasa kereta dibawah kawalan manusia.

google-self-driving-car2

Previous post

Audi Cuba Lounge Baru Untuk Kilang Mereka

Next post

Pusat Flagship Porsche Kini Dibuka Di Sungai Besi

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *