Harga Semua Jenis Minyak Naik 10 Sen Seliter Berkuatkuasa Tengah Malam Ini – Hasan Malek
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Jun 2015 naik 10 sen seliter berkuatkuasa tengah malam ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.
Beliau berkata harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 (RM2.35 seliter) manakala diesel (RM2.05 seliter).
“Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Jun ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.
— BERNAMA
No Comment