Berita Auto

Kempen Servis Khas Toyota

Toyota Motor Corporation (TMC) memanjangkan kempen serivs khas kepada model Toyota tertentu untuk menangani isu kemungkinan tempat duduk penumpang bahagian depan yang tidak dibuat dengan betul dan airbag bagi penumpang depan yang boleh menyebabkan pecah dan airbag dilancakan secara tidak nomal semasa pelanggaran.

Toyota-RAV4

TMC telah mengambil langkah membuat kempen servis khas untuk menggantikan modul airbag inflator untuk penumpang depan dan juga Driver Front Airbags dalam memastikan keyakinan dan ketenangan pelanggan.  UMW Toyota Motor telah menerima pengesahan dari TMC bahawa sekitar 97,000 unit Toyota Camry, Toyota Corolla Altis, Toyota Vios, Toyota Yaris dan Toyota RAV4 yang dikeluarkan dari tahun 2001-2007 yang terlibat dalam kempen servis khas ini di Malaysia.

UMW Toyota Motor akan menghubungi semua pelanggan yang terkesan dari hal ini untuk kempen servis khas ini bagi menjalankan penyelenggaran yang sepatutnya dan sekiranya ia dilengkapi dengan inflator yang rosak, inflator tersebut akan diganti dengan keluaran baharu tanpa dikenakan sebarang caj.  Tidak ada model Toyota dan Lexus yang telah dijual oleh UMW Toyota Motor yang dikeluarkan sebelum tahun 2001 dan selepas tahun 2007 terkesan oleh kempen ini.

Toyota-Yaris_2012_800x600_wallpaper_53

 

Previous post

Model Toyota Hilux 2015 Serba Baharu Diperkenalkan Di Thailand

Next post

Pusat Teknikal Bridgestone Asia Pacific Menaiktaraf Bangunan Makmal Baru

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *