Gaya Hidup / Lifestyle

Mitsubishi Elektrik Cipta Tablet Mampu Milik – Sistem Informasi Hiburan

Mitsubishi Elektrik (bukan Mitsubishi Motors) telah memperkenalkan sistem informasi hiburan baru iaitu FLEXConnect berasaskan Android. Unit baru ini membuat penampilan pertamanya dalam seuah prototaip dari Cadillac (bukan dari Mitsubishi)

Sistem informasi hiburan berasaskan Android ini adalah sangat mudah untuk didapati pada masa kini, tetapi tablet ini mempunyai paparan sebesar 12.1 inci, mengingatkan kembali kepada paparan konsol tengah pada Tesla Model S. Sama seperti di dalam kenderaan elektrik, skrin diletakkan pada mod potret, maksudnya ianya lebih tinggi dan luas untuk dimuatkan pada bahagian yang mengasingkan penumpang hadapan dari bahagian dashboard pemandu.

mitsubishi1

Apa yang menarik tentang unit baru ini adalah pemandu boleh mengakses sehingga 3 fungsi yang berlainan dalam satu masa yang sama dengan memasuki samaada skrin-penuh, skrin separuh atau mod skrin satu pertiga. Jadi jika anda rasa untuk menyesuaikan pengawalan climate semasa menggunakan navigasi, skrin tersebut akan terbahagi kepada dua. Agak menarik.

Unit ini juga terdapat kelompok instrumen digital yang lebih besar iaitu 12.3 inci dan unit paparan heads up yang menggantikan speedometer, fuel gauge, tachometer dan oil temperature gauge dengan sesuatu yang lebih moden. Paparan heads up mempunyai resolusi yang rendah iaitu 480×240.

Masih tidak pasti samaada Mitsubishi Motors akan menggunakan sistem Android baru ini pada model-model yang akan datang, tetapi dengan kos yang sangat efektif ini, bagi kita beberapa bulan untuk memikirkannya.

mitsubishi2

Previous post

Tawaran Menarik Selama Sebulan Sempena 112 Tahun Ford Heritage

Next post

Model Mercedes-Benz Akan Ditonjolkan Dalam Filem Jurassic World

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *