MPV Mewah Honda Odyssey
Ini bukan Odyssey yang kita biasa tenguk dijalanan. Ini Odyssey MPV mewahnya. Berbanding dengan MPV lain yang di import dan dijual di pasaran Malaysia tanpa pakej perkhidmatan, tiada alat ganti dan tiada waranti, tawaran baru dari Honda ini memang hanya pilihan yang tiada tandingan. Ia adalah MPV keluarga luas dengan ciri-ciri penuh dan yang berkeupayaan menampung 7 orang dewasa dalam keselesaan sebenar.
Pintu masuk dan keluarnya berketinggian yang rendah, sama macam kereta sedan besar. Pintu elektrik mempunyai pembukaan luas dengan ketinggian 1230mm dan lebar 750mm dan ia mengandungi tingkap kuasa di mana banyak pesaing mempunyai tingkap tetap. Tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh diakses dengan mudah dan baris ke-3 “magic seat” nya adalah sangat mudah di lipat. Hanya 1-2-3 langkah.
Odyssey ini dilengkapi dengan aloi 17-inci, daytime running lights, lampu LED, kerusi kulit berelektrik, kawalan distereng untuk auto cruise, Bluetooth, audio dan kawalan bersuara, 10 lubang cawan dan dua USB port dengan integrasi iPad dan kamera gostan yang ditayangkan pada skrin 7.0 inci.
Terdapat juga keyless entry dan start, blind spot monitor, sistem kamera multi-pandangan yang membolehkan pandangan 360 darjah di sekeliling kereta melalui empat kamera yang tersembunyi, amaran lalu lintas silang, auto dimming cermin dalaman, tingkap bumbung, lampu courtesy dan cerowong lantai aircond di kerusi belakang untuk kawalan iklim. Keupayaan letak kereta pintar membolehkan Odyssey ini menilai ruang letak kereta, sebelum parking kereta bebas tangan.
Spesifikasi
Enjin: DOHC 4-silinder i-VTEC Earth Dreams
Kapasiti: 2356cc
Gearbox: CVT
Kuasa kuda: 175bhp @ 6200
Tork: 225Nm @ 4000
0-100km / h: Tak payah
Kelajuan maksimum: 195km / h
Harga: RM228,000.00
No Comment