Peningkatan Jualan Maserati Berterusan Pada 2015.
Pada April lalu, Maserati menguatkan hasilnya yang telah menetapkan rekod baharu untuk awal suku tahun 2015. Denga 121 pendaftaran kereta baharu, pasaran Itali mencapai jumlah angka 514 buah kenderaan baharu bagi setakat tahun ini, satu peningkatan sebanyak 10% berbanding dengan jangkamasa yang sama pada tahun lepas.
Quattroporte Diesel berada di kedudukan teratas untuk nilai residual dalam segmen kereta mewah, manakala versi petrol dan diesel Ghibli berada dikedudukan pertama dari semua kereta dalam segmen premium E.
Ghibli Diesel juga menerima sambutan hebat dari pasaran korporat dengan mendapat jolokan ‘ kereta syarikat terbaik di Jerman’, keduanya bersaing secara langsung dengan kereta Jerman yang terkenal dan kategori kereta import. Rating ini telah dianugerahkan oleh 270 pengurus Jerman yang dipilih oleh Firmenauto, jurnal industri yang dihormati, dimilikki oleh kumpulan Motor Sport Presse
Kejayaan ini, ditambah pula dengan 3 tahun waranti perbatuan tanpa had, mengesahkan kecekapan Quattroporte dan Ghibli dan menggariskan nilai untuk wang yang dikaitkan dengan kemewahan yang ada pada setiap model Maserati.
No Comment